gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Review

[Review] The Elder Scrolls Online: High Isle – Expansion yang sesuai untuk beginner

safwan by safwan
June 21, 2022
in Artikel, Berita, DLC berbayar, Game Review, MMO, PS4, PS5, Review, RPG, Steam
0 0
0
[Review] The Elder Scrolls Online: High Isle – Expansion yang sesuai untuk beginner
Share on FacebookShare on Twitter

Elder Scrolls Online merupakan salah satu game MMORPG yang masih mempunyai ramai peminat aktif. Hal ini kerana developer yang masih berterusan memberikan update dan pelbagai kandungan menarik. Pada 6 Jun yang lalu, mereka telah mengeluarkan satu expansion baharu iaitu Elder Scrolls Online: High Isle di PC manakala 21 Jun untuk PlayStation.

Dalam expansion ini, mereka akan memperkenalkan cerita, mini game baharu dan banyak lagi tetapi adakah ianya berbaloi untuk anda dapatkan. Kalau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai High Isle, ini kami ada sediakan review penuh untuk expansion tersebut.

Sebelum masuk terus ke bahagian review, kami juga berpeluang untuk interview bersama Rich Lambert selaku Pengarah Kreatif, Elder Scrolls Online bagi mengetahui proses sebalik tabir High Isle. Untuk yang berminat, sila klik pautan ini. Tanpa melengahkan masa lagi, jom teruskan dengan review expansion ini.

Pengenalan kepada High Isle

Expansion High Isle akan menyelami kisah Legacy of the Breton dan merupakan sebahagian daripada cerita yang akan dikembangkan merentasi 3 DLC lain. Walaupun tidak mengetahui satu jalan cerita sekalipun, sepatutnya korang boleh mula bermain di sini.

Kepada orang yang tidak mengetahui sebarang lore atau jalan cerita mengenai Elder Scroll macam saya, ianya terasa sangat perlahan pada bahagian awal di mana terdapat banyak dialog, info dan penerangan tentang tetapan dalam Systres Archipelago. Selain Three Banners War, Lord Bacaro menganjurkan persidangan, tetapi terdapat masalah di mana kargo masih belum tiba dan kapal-kapal hilang.

Dalam High Isle ini, korang akan diperkenalkan dengan cepat kepada Ascendant Order, dengan ramai orang bercakap tentang kumpulan kesatria mencurigakan ini yang merekrut orang dan menjadi jahat. Bahagian awal benar-benar kedengaran seperti konspirasi klise, tetapi watak dan ceritanya cukup menarik untuk mendorong saya meneruskan expansion ini.

Latar belakang

Game ini mempunyai pilihan sama ada menggunakan kamera First Person atau Third Person. Saya memang tidak boleh bermain dengan pandangan First Person kerana mempunyai motion sickness tetapi jika anda lebih seronok menggunakannya, saya mengesyorkan untuk memakainya.

Saya membezakan Elder Scroll Online dengan Guild Wars 2 kerana ia juga mempunyai kamera first person. Dalam Elder Scroll Online, kamera third person-nya menampilkan watak di bahagian kiri manakala Guild Wars 2 menunjukkan watak di bahagian tengah skrin. Dalam pandangan First Person di Elder Scroll Online, pemain akan nampak sebahagian tubuh watak dan senjata apabila memakainya tetapi mempunyai Field of view yang terhad dan susah untuk nampak bulatan damage.

Semasa cutscene dijalankan, mereka akan zoom kepada watak dan dialog yang saya rasa ianya tidak seteruk mana dan masih cantik. Watak yang ditampilkan dalam game nampak seperti kaku tetapi lagu, pengalihan suara dan persekitaran memang sangat cantik. NPC dan pemain kelihatan hampir sama dan susah untuk dibezakan jika tidak membuka nama mereka secara default.

Selain itu, mereka menyediakan skill bar yang terhad kepada 7 sahaja. Walau bagaimanapun, UI yang ditampilkan sangat cantik dan sesuai untuk pemain baharu seperti saya. Terdapat beberapa quickslot untuk anda menetapkan perkara dalam menu tersebut. Peta yang diberikan juga nampak lebih tersusun dengan mengikut abjad tetapi terdapat kekurangan di mana saya tidak tahu lokasi mana yang berdekatan.

Pada awalnya, inventori adalah sangat terhad tetapi jika saya tidak mempunyai pengalaman MMO, saya boleh rasakan yang saya adalah pemain yang teruk.

Gameplay

Apa yang saya boleh katakan mengenai gameplay-nya adalah sangat perlahan. Separuh kemungkinan disebabkan oleh ping saya yang kurang stable dan menjadikan pengalaman bermain kurang seronok. Hal ini juga menyebabkan aksi dan tindakan dilakukan oleh saya lambat diterima oleh game. Bukan setakat itu sahaja, nak dapatkan EXP pun terasa perlahannya.

Korang boleh saja ambil mana-mana quest yang disukai tetapi berbasikal melalui jalan pintas agak menyusahkan bagi saya. Ini juga merupakan satu cara yang boleh dirasakan terlalu banyak perkara yang berlaku dalam satu masa apabila kompas di bahagian atas mula dipenuhi dengan petanda.

Beg inventori yang disediakan sudah cukup besar bagi saya kerana ia mempunyai 60 slot yang membolehkan korang mengisi semua item di dunia tersebut. Kebanyakannya mungkin merupakan bahan crafting tetapi korang memerlukan skill untuk menggunakannya. Jika bermula dengan cerita utama, mungkin korang tidak akan menemui stesen craft secara sengaja.

Apa yang saya mengharapkan adalah mereka memberikan dengan lebih banyak ruang supaya tidak dikenakan hukuman untuk meneroka, melombong, memancing dan banyak lagi. Volcanic Vents adalah seperti acara dalam Guild War 2 di mana korang berjalan ke vent yang aktif dan menyertai untuk membunuh raksasa. Pada akhirnya, anda mendapat cache barangan.

Selain itu, ia benar-benar seperti Skyrim multiplayer atau mana-mana single player Elder Scrolls. Walaupun mereka mempunyai menu in-game Help untuk beginner, tetapi ia terlampau banyak tab yang perlu dilalui.

Tales of Tribute

Tales of Tribute ialah game kad terhangat di negeri Tamriel, dengan Patrons untuk mengubah arus dan Prestige untuk memperoleh kemenangan. Misi dalam game kad ini adalah mendapatkan 40 Prestige untuk mengalahkan pihak lawan. Jika dapat mengawal game pada pengawalan, maka korang menang. Jika tidak, game boleh dipanjangkan sehingga 80 Prestige. Walau bagaimanapun, jika kesemua Patron berpihak kepada korang walaupun tidak mempunyai Prestige yang mencukupi, game itu boleh dimenangi oleh korang.

Sama seperti Elder Scrolls Online sendiri, rentak game terasa perlahan bagi saya walaupun ianya mempunyai 90 saat sahaja pada setiap pusingan apabila menentang pemain lain. Pusingan awal mungkin akan dibelanjakan untuk mengorbankan strategi dan menipiskan dek lalu membuat kombo dengan pantas. Dalam masa yang sama, korang perlu memastikan sumber yang cukup untuk membeli dari Traven atau menjadikan Patron ke pihak korang.

Pemain menggunakan Patron mereka untuk menentukan kumpulan kad dan dari situ, akan bermain secara bergilir-gilir. Korang memerlukan Coin untuk membeli lebih banyak kad atau Mercenary tetapi ianya akan memasuki cooldown terlebih dahulu kecuali Contracts yang boleh digunakan terus. Saya pasti korang akan lebih menyukai kombo yang boleh memberikan kesan tambahan oleh kad untuk lebih banyak sumber atau mengaktifkan kesannya.

Prestige boleh diperolehi dengan mempunyai sisa Power pada penghujung giliran. Jika tidak, korang boleh menggunakan Power untuk mengalahkan Mercenary pihak lawan dengan menggunakan “Taunt” untuk membelanjakan Power. Terdapat mekanik yang lebih mendalam untuk dipelajari dan dikuasai sepanjang masa bermain bagi mengambil alih leaderboard.

Bukan setakat lawan dengan pemain lain, korang pun boleh bermain dengan NPC dan mereka juga akan memberikan sedikit peningkatan rank dan memberikan ganjaran jika menang. Saya suka dengan kelebihan yang ada pada game kad ini. Jika mereka membuat spin-off aplikasi mobile, saya bersedia untuk meluangkan masa dan mencubanya.

Pendapat saya

Sebagai expansion yang bertujuan untuk menjadi titik permulaan untuk beginner, satu-satunya kebimbangan saya terhadapnya adalah ia tidak merasakan begitu sebenar dan intuitif. Saya mempunyai pengalaman bermain MMORPG lain dan memerlukan masa pelarasan yang lebih lama untuk mencuba ini.

Saya tidak dapat memberikan skor review yang betul kepada The Elder Scrolls Online: High Isle kerana masa pelarasan tersebut. Tetapi korang jangan risau, saya cukup menikmatinya lagi-lagi game kad Tales of Tribute yang sangat seronok. Untuk lebih banyak berita menarik mengenai Elder Scrolls, sila klik pautan ini.

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: The Elder Scrolls Online: High Isle
Previous Post

Netizen baru sedar “Naruto bukan ayah yang bagus”, peminat mula ‘backup’

Next Post

Predator Flash Sale hadir dengan promosi kaw-kaw! Berlangsung 2 -3 Julai di Sunway Pyramid!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]
Berita

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

June 27, 2022
[Review] Sony WH-1000XM5 – Headphone mantap untuk benamkan diri ke dunia muzik!
Review Produk

[Review] Sony WH-1000XM5 – Headphone mantap untuk benamkan diri ke dunia muzik!

June 27, 2022
Keyboard gaming Razer Ornata V3 boleh didapati di Malaysia pada harga RM329
Teknologi

Keyboard gaming Razer Ornata V3 boleh didapati di Malaysia pada harga RM329

June 27, 2022
Next Post
Predator Flash Sale hadir dengan promosi kaw-kaw! Berlangsung 2 -3 Julai di Sunway Pyramid!

Predator Flash Sale hadir dengan promosi kaw-kaw! Berlangsung 2 -3 Julai di Sunway Pyramid!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

by safwan
June 27, 2022
0

One-Punch Man merupakan siri yang memperkenalkan lelaki botak bernama Saitama sebagai watak utama. Memandangkan dia selalu bertarung dengan santai selama...

Anime baru Kaguya-sama: Love is War telah diumumkan, manga menghampiri penamat!

Anime baru Kaguya-sama: Love is War telah diumumkan, manga menghampiri penamat!

by Maira
June 27, 2022
0

Kaguya-sama Love is War musim ke-3 baru sahaja tamat dengan episod terakhirnya yang ditayangkan selama sejam. Rata-rata semua peminat teruja...

Anime SPY x FAMILY akan kembali dengan Part 2 pada Oktober ini, Trailer juga didedahkan!

Anime SPY x FAMILY akan kembali dengan Part 2 pada Oktober ini, Trailer juga didedahkan!

by Maira
June 27, 2022
0

Episod ke-12 anime Spy x Family baru sahaja ditayangkan pada hujung minggu lepas, dan peminat nampaknya kena menunggu 3 bulan...

Acara ACG Cos-Mic dibatalkan pada hari kedua, mengundang kemarahan peminat kerana “pengurusan teruk”

Acara ACG Cos-Mic dibatalkan pada hari kedua, mengundang kemarahan peminat kerana “pengurusan teruk”

by Razin Syafiq
June 26, 2022
0

Sepatutnya berlangsung pada 25 dan 26 Jun, acara anime Cos-Mic di Sunway Clio Exhibition Centre, Kuala Lumpur telah dibatalkan pada...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In