Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix tingkatkan pengalaman gaming dengan petua PS5 dan hiburan khusus!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 3, 2020
in Animasi, Artikel, Berita, Genre, Netflix, PS5
0 0
0
Netflix tingkatkan pengalaman gaming dengan petua PS5 dan hiburan khusus!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri aksi langsung Assassin’s Creed akan datang ke Netflix!

Netflix dan Ubisoft baru saja membuat pengumuman yang menarik bahawa siri aksi langsung, Assassin’s Creed, sedang dalam pembikinan. Pencarian sedang dijalankan untuk pelakon utama, di mana Jason Altman dan Danielle Kreinik daripada Ubisoft Film & Television akan berperanan sebagai Penerbit Eksekutif.

Netflix + Assassin's Creed pic.twitter.com/yI2sItnMgi

— Netflix Geeked (@NetflixGeeked) October 27, 2020

Butang Netflix pada PS5 media remote!

Pemilik PS5 dengan mudah boleh akses Netflix melalui butang khusus pada alat kawalan jauh Playstation 5 dan boleh dicari di control center. Walaupun tanpa PS5 media remote, menavigasi Netflix melalui DualSense juga masih mudah. Kekunci anak panah berfungsi sebagai panduan arah, butang X untuk mengesahkan pilihan, dan butang O untuk membatalkan/mengundurkan pilihan. Untuk mula menonton, login akaun di aplikasi dan mula menonton. Jika awak baru menggunakan Netflix, panduan ini amat berguna.

Sementara menunggu siri aksi langsung Assassin’s Creed, berikut adalah beberapa filem dan siri yang diadaptasi daripada permainan video yang sudah ada di Netflix:

Dad of Light

Dad of Light adalah siri berdasarkan MMORPG popular, Final Fantasy 14 (juga disahkan akan tersedia di PS5). Sri ini berkisar tentang seorang ayah dan seorang anak lelaki yang merapatkan hubungan semasa bermain permainan video tersebut.

Castlevania

Castlevania adalah siri anime (tiga musim) berdasarkan permainan platform klasik yang sama. Ia mengisahkan pemburu vampire yang memerangi segerombolan raksasa yang dikawal oleh Dracula.

Dragon Quest: Your Story

Dragon Quest: Your Story adalah filem animasi berdasarkan J-RPG Dragon Quest. Filem ini mengikuti pengembaraan Luca ketika dia berusaha menyelamatkan ibunya daripada Ladja yang jahat. Cerita ini menyentuh tema keluarga dan persahabatan.

Dragon’s Dogma

Dragon’s Dogma adalah adaptasi daripada permainan video popular pada 2012 di PlayStation3. Ia mengisahkan Ethan dan usahanya untuk membunuh naga yang menyerang kampungnya.

Resident Evil: Infinite Darkness

Resident Evil: Infinite Darkness adalah siri anime Netflix Original berdasarkan permainan zombie shooter popular Playstation pada 1996. Siri aksi seram ini memberi tumpuan pada Leon S. Kennedy dan Claire Redfield.

The Witcher: The Geralt of Rivia

The Witcher: The Geralt of Rivia, dilakonkan oleh Henry Cavill, membuat semua orang kagum ketika ia dikeluarkan tahun lepas di Netflix. Berdasarkan drama fantasi ini sebenarnya berdasarkan siri buku oleh pengarang Poland, Andrzej Sapkowski. Namun, ia diadaptasi menjadi RPG pada tahun 2007 dan diterbitkan oleh Atari.

Tags: Assassin's CreedcastlevaniaDad of LightDragon Quest: Your Storynetflixps5PS5 media remoteResident Evil: Infinite DarknessThe Witcher: The Geralt of Rivia
Previous Post

Demo Dragon Quest XI S: Echoes of an Elusive Age – Definitive Edition – kini hadir!

Next Post

Fungsi Haptic Feedback & trigger dijelaskan, penambahan arahan suara di PS5 DualSense!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Fungsi Haptic Feedback & trigger dijelaskan, penambahan arahan suara di PS5 DualSense!

Fungsi Haptic Feedback & trigger dijelaskan, penambahan arahan suara di PS5 DualSense!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd