Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Stupid Never Dies – RPG Aksi Oleh Veteran Capcom Akan Dilancarkan Oktober 2026 di PS5 & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 30, 2026
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Stupid Never Dies – RPG Aksi Oleh Veteran Capcom Akan Dilancarkan Oktober 2026 di PS5 & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Stupid Never Dies akan dilancarkan pada 22 Oktober 2026. Judul RPG aksi single-player ini adalah game debut daripada studio GPTRACK50; dan akan hadir di PlayStation 5 dan PC menerusi Steam, di mana SEGA bertindak sebagai penerbit serta pengedar global.

GPTRACK50 ditubuhkan oleh Hiroyuki Kobayashi, seorang penerbit veteran yang terkenal untuk francais ikonik Capcom seperti Devil May Cry, Resident Evil, dan Dragon’s Dogma. Untuk Stupid Never Dies, pasukannya berusaha membawa pengembaraan berentak pantas yang serba unik dan berbeza daripada RPG tradisional.

Berlatarkan sebuah dungeon berbahaya yang dihuni pelbagai raksasa, jalan cerita mengisahkan tentang Davy; seekor zombi penakut yang berada di kedudukan paling bawah dalam hierarki raksasa. Walaupun lemah, Davy memberanikan diri memulakan misi berbahaya demi menghidupkan semula kekasihnya, Julia, seorang gadis manusia yang telah dibekukan.

Berbeza dengan sistem leveling tradisional, Stupid Never Dies menawarkan perkembangan watak yang berbeza menerusi combat mekanik yang cukup unik:

  • Style Eat System: Davy boleh menggigit musuh dan menyerap” core” mereka untuk mencuri kuasa. Ini membolehkannya bertukar kepada 11 bentuk raksasa berbeza, termasuk Werewolf, Vampire, Harpy, dan Golem.
  • Body Hacking: Pemain boleh memasang barang berteknologi canggih serta senjata pelik pada tubuh undead Davy untuk meningkatkan stats dan customize kebolehan bertarungnya.

Selain aksi gila-gila, muzik turut memainkan peranan penting dalam suasana game ini. Sebelum pelancaran, dua lagu rasmi boleh mula didengar bermula 4 Ogos di platform seperti Spotify, Apple Music, dan Amazon Music:

  • Opening Theme: “Stupid Never Dies” – Lagu duet pop-punk yang dinyanyikan oleh watak utama, Davy dan Julia.
  • Ending Theme: “Restless, Reckless, Never Die, Fearless” – Lagu yang dinyanyikan oleh Davy, meluahkan tekad serta perasaannya demi menyelamatkan Julia.
Tags: Stupid Never Dies
ShareTweetSend
Previous Post

Expansion Pertama Pokémon Pokopia ‘Bubbly Basin’ Akan Dilancarkan 5 Ogos Bersama Update Percuma Ver. 2.0.0

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Expansion Pertama Pokémon Pokopia ‘Bubbly Basin’ Akan Dilancarkan 5 Ogos Bersama Update Percuma Ver. 2.0.0
DLC

Expansion Pertama Pokémon Pokopia ‘Bubbly Basin’ Akan Dilancarkan 5 Ogos Bersama Update Percuma Ver. 2.0.0

July 30, 2026
Tokyo Game Show 2026 – Pendaftaran Hari Perniagaan Dibuka; Info Penting untuk Penggiat Game Malaysia
Acara

Tokyo Game Show 2026 – Pendaftaran Hari Perniagaan Dibuka; Info Penting untuk Penggiat Game Malaysia

July 30, 2026
Silver Palace – Adakah Sistem Gacha Cukup Mesra Untuk Pemain Free-to-Play?
Gacha

Silver Palace – Adakah Sistem Gacha Cukup Mesra Untuk Pemain Free-to-Play?

July 29, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd