Sebelum PlayStation 5 ditonjolkan, Sony mendedahkan dulu controller barunya DualSense. Sejak pengungkapan itu, ia telah menyoroti dua ciri utama iaitu maklum balas haptik (haptic feedback) dan trigger adaptif (adaptive trigger).
Sebagai peringatan, dengan haptic feedback, controller dapat mensimulasikan sensasi tertentu dengan lebih baik dan dengan itu menjadikan permainan di PlayStation 5 lebih imersif seperti meniru kesan cuaca. Selain itu, adaptive trigger dapat menjadi lebih tegang ketika seorang watak menarik busur untuk melepaskan panah, seperti di Horizon Forbidden West, atau terkunci ketika senjata kehabisan peluru. Walaupun mengagumkan, ciri-ciri ini terutama trigger, menarik perhatian daripada sebilangan gamer terutamanya bagi pemain kurang upaya, yang bimbang bahawa ciri-ciri tersebut hanya akan menjadikan permainan lebih sukar untuk dimainkan.
Sony nampaknya mengambil kisah hal ini dan mengesahkan bahawa kekuatan haptic feedback dan trigger pada DualSense dapat dikurangkan atau dibuang sama sekali. Dalam catatan blog daripada Sony Interactive Entertainment, syarikat itu mengakui jumlah orang yang mengalami kecacatan (kira-kira 15% penduduk dunia mempunyai beberapa bentuk kecacatan) dan usaha yang dilakukan untuk menjadikan PS5 lebih mudah diakses.
Mereka juga mengesahkan bahawa PS5 akan mempunyai ciri arahan suara untuk membolehkan pemain memasukkan teks dengan suara dengan cepat dan pembaca skrin yang membaca teks dengan kuat bagi mereka yang buta atau kurang penglihatan. Pengguna pekak atau kurang pendengaran akan dapat menaip mesej, yang kemudian akan diucapkan dengan kuat kepada pemain lain dalam party. Closed caption, pembetulan warna, dan peningkatan audio yang lebih baik juga disertakan.
Catatan itu juga memberitahu bagaimana Naughty Dog berusaha menjadikan permainannya mudah diakses, seperti Uncharted 4 yang membolehkan orang memainkannya tanpa perlu menggunakan analog stick kanan. The Last of Us Part 2 pula mempunyai lebih dari 60 tetapan aksesibiliti bagus yang diharapkan secara beransur-ansur akan menjadi lebih normal untuk permainan video lain.
Sumber – SIE
@gamersantaimy
Discussion about this post