Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix bakal cipta game AAA Live Service bersama bekas producer Overwatch

safwan by safwan
November 24, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Netflix bakal cipta game AAA Live Service bersama bekas producer Overwatch
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Netflix telah dilaporkan sedang berusaha untuk membuat game AAA Live Service yang diketuai oleh bekas producer Overwatch iaitu Chacko Sonny. Berikutan dengan perkara tersebut, Netflix telah membuka satu studio di Los Angeles dan kini sedang mencari pekerja dengan menyenaraikan kerjaya yang diperlukan bagi kerja di bawah pengelolaan Chacko Sonny.

Disebabkan studio ini masih baru dan memerlukan ramai pekerja untuk membangunkan game tersebut, mereka menawarkan pelbagai jawatan termasuk game director, art director technical director dan juga live service analyst.

Senarai jawatan yang dibuka Netflix ini secara tidak langsung memberikan petunjuk bahawa mereka bakal mengeluarkan game AAA live service ataupun third-person shooter. Tambah pula dengan pengalaman Chacko Sonny dalam Overwatch, ia nampak sangat sepadan.

Namun, pembukaan studio baru di Los Angeles menandakan yang ia adalah game studio ke-5 selepas berjaya mengambil alih studio di Finland termasuk Boss Fight Entertainment, Next Games dan Night School Studio. Mereka masing-masing membangunkan game yang mempunyai pelbagai citarasa yang berbeza.

Seperti Next Games, mereka telah mengeluarkan satu game yang hanya boleh dimainkan secara percuma kepada pelanggan Netflix iaitu Stranger Things: Puzzle Tales. Manakala Night Scholl Studio telah melancarkan game Oxenfree: Netflix Edition di mobile dan boleh dimainkan secara percuma buat pelanggan Netflix.

Selain membawa rancangan Netflix dan menjadikan game, mereka juga terkenal dengan membawa game terkenal menjadi rancangan yang hangat seperti Arcane, Cyberpunk: Edgerunner dan juga The Cuphead Show. Mungkin selepas ini, kita akan lihat pelbagai siri Netflix yang diadaptasi menjadi sebuah game.

Apa pendapat korang tentang Netflix yang bakal mengeluarkan game AAA Live Service dan diketuai oleh bekas producer Overwatch iaitu Chacko Sonny? Kongsikan pendapat di ruangan komen.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Chacko SonnyLos AngelesNetflix Games
Previous Post

“PlayStation Akan Menjadi Nintendo Tanpa COD” — Dakwaan Penuh Sony dan Microsoft Dilepaskan!

Next Post

“Football Festival” tiba di eFootball 2023, menampilkan Matthew Davies!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
Next Post
“Football Festival” tiba di eFootball 2023, menampilkan Matthew Davies!

“Football Festival” tiba di eFootball 2023, menampilkan Matthew Davies!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd