Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Football Festival” tiba di eFootball 2023, menampilkan Matthew Davies!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 24, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, PS4, PS5, Sukan/lumba, Tempatan, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
“Football Festival” tiba di eFootball 2023, menampilkan Matthew Davies!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami Digital Entertainment Limited (KONAMI) telah mengumumkan bahawa eFootball 2023 telah memasuki “Season 2” dan akan mengadakan beberapa acara dan kempen bertemakan “The Football Festival” – antaranya telah bermula hari ini.

Ini termasuk penambahan 40 Pasukan Kebangsaan kini boleh dipilih untuk masa terhad pada mod luar talian “Trial Match”, Pasukan Kebangsaan Thailand, Indonesia dan Malaysia turut disertakan. Dalam mod dalam talian “Dream Team”, “National Team Packs” untuk Jepun, Brazil, Argentina dan Perancis semuanya kini tersedia.

Terdapat juga kemasukan “The International Cup Experience”, Acara kejohanan AI di mana pemain boleh bermain sebagai 1 daripada 46 pasukan kebangsaan yang tersedia, dan kesinambungan acara cabaran berasaskan negara “eFootball International Cup” dengan jumlah keseluruhan hadiah 1 bilion syiling eFootball.

Dalam tempoh acara, pengguna akan dapat memperoleh sehingga 780,000GP dan 300 syiling eFootball melalui “Special Login Bonus” juga.

“Trial Match” termasuk 40 pasukan baharu”

Mode offline eFootball 2023 “Trial Match” akan berkembang untuk masa yang terhad untuk membolehkan peminat bermain sebagai 40 pasukan kebangsaan, senarai penuhnya boleh didapati di SINI.

Tersedia sejak 17 November hingga pertengahan Februari 2023.

“The International Cup Experience” sedang dijalankan

Untuk meraikan kalendar bola sepak global yang luar biasa pada tahun 2022, “The International Cup Experience” hadir ke eFootballTM 2023. Ini akan membolehkan pemain dari 46 negara bersaing dengan AI dan bersaing dalam peringkat kumpulan dan pusingan kalah mati berbangkit untuk mencapai puncak bola sepak dunia.

Tersedia dari 17 November sehingga 12 Januari 2023.

Ini datang bersama “eFootball International Cup” yang telah berlangsung di mana pemain boleh menjadi sebahagian daripada memenangi ganjaran lebih 1 bilion syiling eFootball!

“eFootball International Cup” telah berlangsung sejak 20 Oktober dan akan berakhir pada 17 Disember.

Pek National Team Baharu

Empat lagi Pek National Team telah disediakan. Pek ini akan merangkumi 11 pemain dari setiap negara yang membolehkan pemain XI yang kukuh untuk menambah baik lagi “Dream Team” mereka.

Pek National Team yang dikeluarkan termasuk:

  • National Team Pack: Japan ’22 [Premium] 
  • National Team Pack: Brazil ’22 [Premium] 
  • National Team Pack: Argentina ’22 [Premium] 
  • National Team Pack: France ’22 [Premium]

Setiap Pek National Team juga akan menyertakan seorang pemain yang akan muncul sebagai kad “Big Time” – tema baharu untuk Epic.

Apa itu “Big Time”?

“Big Time” mewakili tema baharu kad pemain eFootball “Epic”. Pemain terdahulu atau sekarang dan meraikan beberapa detik terbaik individu di padang dengan reka bentuk kad khas. Semuanya untuk membolehkan pengguna mencipta semula detik-detik ini (atau melakukan yang lebih baik) dalam game di eFootball 2023.

Bonus Log-in Khas & Kempen Pemilihan Pasukan Kebangsaan Asia

  • Chanathip Songkrasin 
  • P. Arhan 
  • Matthew Davies

Sempena sambutan “The Football Festiva”, bonus Log Masuk Khas kini tersedia. Pengguna boleh memperoleh sehingga 780,000GP dan 300 syiling eFootballTM dari 17 Nov hingga 15 Disember.

Kempen Pemilihan Pasukan Kebangsaan Asia juga sedang dijalankan. Pemain boleh mendapatkan maksimum 3 tiket untuk Senarai Special Player bagi Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Tempoh Tersedia: Sekarang ~ 12 Januari 2023


Bagi mereka yang berminat untuk cuba “The Football Festival”, anda boleh bermain eFootball 2023 sekarang di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S, Xbox One, PC dan Mobile.

Tags: bola sepakeFootball 2023Football Festival
Previous Post

Netflix bakal cipta game AAA Live Service bersama bekas producer Overwatch

Next Post

Bleach: Aizen menyelamatkan Soul Society daripada Quincy, geng Shinigami tertewas

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Bleach: Aizen menyelamatkan Soul Society daripada Quincy, geng Shinigami tertewas

Bleach: Aizen menyelamatkan Soul Society daripada Quincy, geng Shinigami tertewas

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd