Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“PlayStation Akan Menjadi Nintendo Tanpa COD” — Dakwaan Penuh Sony dan Microsoft Dilepaskan!

Maira by Maira
November 24, 2022
in Artikel, Berita, Game, Industri
0 0
0
“PlayStation Akan Menjadi Nintendo Tanpa COD” — Dakwaan Penuh Sony dan Microsoft Dilepaskan!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda ambil tahu tentang industri gaming, pasti anda ada mendengar tentang “pertengkaran” antara Sony dan Microsoft berkenaan pengambil alih syarikat Activision Blizzard oleh Microsoft. Sudah berminggu juga kedua-dua syarikat gergasi ini bergaduh mengenainya.

Baru-baru ini, keluar pula dokumen yang menunjukkan hasil daripada dakwaan yang dikemukakan oleh Sony Interactive Entertainment (SIE) mengenai pengambil alihan tersebut.

Antara perkara yang menjadi sorotan daripada dakwaan tersebut ialah, jika perjanjian tersebut diteruskan, pengguna mungkin akan meninggalkan ekosistem PlayStation, Microsoft akan menaikkan harga konsol Xbox dan pembangun indie akan terkesan daripadanya.

Tetapi kebanyakan perkara yang disentuh dalam dokumen tersebut ialah game Call of Duty (CoD) dan kesannya jika francais tersebut menjadi eksklusif kepada Xbox. Ada satu kenyataan yang diberikan oleh Microsoft yang menyatakan bahawa platform lain masih lagi boleh berjaya tanpa Call of Duty, termasuklah Nintendo Switch.

SIE membalas bahawa ia sememangnya strategi Nintendo untuk kelihatan berbeza daripada PS dan Xbox kerana ia tidak bergantung kepada francais shooter 18+ seperti COD tersebut. Mereka juga mendakwa bahawa “strategi sebenar” Microsoft dengan Activision Blizzard adalah untuk menjadikan PS seperti Nintendo kerana ia tidak bersaing dalam ruang tersebut.

Tambah Sony lagi, perjanjian Microsoft dan Activision Blizzard itu “akan menjadi ancaman kepada industri yang dinikmati oleh jutaan gamer” malah “menyebabkan kemudaratan yang ketara kepada pengguna, persaingan dan pembangun.”

Banyak lagi perkara lain yang disentuh oleh Sony dalam dokumen tersebut. Microsoft pula masih meneruskan usaha mereka untuk meyakinkan CMA (Competition and Markets Authority UK) mengenai gabungan antara Microsoft dan Activision Blizzard. Beberapa pihak lain telah meluluskan perjanjian tersebut seperti Arab Saudi dan Brazil. Apa pun, kita perlu menunggu tahun depan untuk keputusan akhir perjanjian tersebut.

Tags: Call Of DutyMicrosoftplaystationSony Interactive Entertainmentxbox
Previous Post

Spider-Man: Across the Spider-Verse akan tampil dengan 6 animasi unik – universe baru, animasi baru!

Next Post

Netflix bakal cipta game AAA Live Service bersama bekas producer Overwatch

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Netflix bakal cipta game AAA Live Service bersama bekas producer Overwatch

Netflix bakal cipta game AAA Live Service bersama bekas producer Overwatch

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd