Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peralatan Unifi yang rosak akibat banjir boleh diganti secara PERCUMA oleh TM

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 24, 2021
in Artikel, Berita, Bimbingan, Panduan, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Peralatan Unifi yang rosak akibat banjir boleh diganti secara PERCUMA oleh TM
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang anda semua tahu, Malaysia kini dilanda bencana banjir yang tidak dijangka di mana jumlah kerosakan yang dialami oleh mangsa adalah amat tinggi. Banyak peralatan di dalam rumah juga rosak kerana tenggelam di dalam banjir, dan antaranya mungkin peralatan internet seperti modem dan router WiFi.Disebabkan itu, TM mengumumkan bahawa mereka akan menggantikan setiap Peralatan Premis Pelanggan (CPE) Unifi yang rosak secara percuma untuk meringankan beban pengguna yang terjejas akibat banjir.

May be an image of text that says '@unifı Gantikan peralatan unifi anda yang rosak akibat banjir secara PERCUMA #Banjir2021 kami di talian 100 Huunmidian10 atau Live Chat chatbot.unifi.com.my'

Bagi mereka yang ingin menggantikan peralatan Unifi, anda boleh membuat permohonan menerusi ciri Live Chat di chatbot.unifi.com.my atau menghubungi TM di talian 100. Antara peralatan CPE yang diterima adalah Broadband Termination Unit (BTU) atau panggilan mudahnya modem, dan router WiFi. Pihak TM tidak menjelaskan jika tawaran ini turut meliputi pelanggan Unifi Air dan Streamyx.

Selain itu, pengguna Unifi yang mendapati perkhidmatan mereka terjejas kerana banjir atau sebab-sebab lain boleh menyemak status terkini di laman web unifi.com.my/unifi-alerts.

Proses membaik pulih masih lagi dijalankan di nod TM yang terlibat dengan #Banjir2021. pic.twitter.com/c8Nr4FP0EN

— Yunni (@unifi) December 23, 2021

Beberapa kawasan yang dilanda banjir mungkin sudah reda dan ada penduduk sudah kembali ke rumah masing-masing, namun ia tidak menggembirakan untuk semua orang. Proses pemulihan dan membersihkan rumah tidak mudah seperti yang disangkakan dan sebaliknya adalah proses rumit dan memakan masa demi mengembalikan rumah kesayangan kepada bentuk asal.

Periksa insuran serta waranti barangan milik anda untuk sebarang tuntutan yang boleh dilakukan. Jangan lupa juga untuk mengambil gambar secukupnya sebagai bukti 📸 pic.twitter.com/0WneCfquMB

— Yunni (@unifi) December 23, 2021

Disebabkan itu, ramai syarikat (tidak kisah besar atau kecil) dan jenama luar sedang berusaha untuk membantu mangsa bencana banjir di Malaysia. Untuk baca tentang inisiatif-inisiatif bantuan daripada syarikat lain, sila tekan di SINI.

Pada saat penulisan, sebanyak 56, 904 jumlah mangsa direkodkan di seluruh negara dan terdapat 363 PPS dibuka setakat 9 pagi ini menurut aplikasi Info Bencana JKM. Bencana banjir yang melanda Malaysia juga menyaksikan penurunan jumlah mangsa di Selangor, Kelantan, Pahang dan Melaka, manakala di Negeri Sembilan merekodkan sedikit peningkatan sementara jumlah mangsa di Perak masih kekal setakat pagi tadi.

Sumber – unifi

Tags: banjirMalaysiaPercumaUnifi
Previous Post

Neon Luna – Animasi tempatan terbaru berkonsepkan Cyberpunk! Memang Gempaklah!

Next Post

Trailer rasmi Tiger & Bunny 2 dilepaskan! Akan datang ke Netflix April 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Trailer rasmi Tiger & Bunny 2 dilepaskan! Akan datang ke Netflix April 2022!

Trailer rasmi Tiger & Bunny 2 dilepaskan! Akan datang ke Netflix April 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd