Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Narrator Dark Souls sebenarnya berasal dari Pulau Pinang, Malaysia!

safwan by safwan
May 23, 2022 - Updated on May 25, 2022
in Action, ARPG, Artikel, Berita, RPG
0 0
0
Narrator Dark Souls sebenarnya berasal dari Pulau Pinang, Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Korang ingat lagi tak prolog pembukaan dari Dark Souls yang mempunyai suara narrator perempuan lembut dan tenang? Narrator Dark Souls itu ialah Pik-Sen Lim, seorang rakyat Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang. Kalau korang nak ingat balik prolog itu macam mana, tengok video di bawah.

Pik-Sen Lim ialah seorang wanita British-Malaysia yang dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1944. Yang mana pada ketika itu, tentera Jepun sedang menjajah di Tanah Melayu. Kini, dia berumur 77 tahun. Dia merupakan anak kepada jutawan minyak kelapa sawit yang bernama Lim Cheng-Teik. Pada usianya 16 tahun, dia berpindah ke UK untuk belajar di London School of Dramatic Art.

Sejak berpindah dan belajar ke UK, dia telah muncul dalam beberapa rancangan TV British sehingga British Film Institute menggelarnya ‘mungkin pelakon cina yang paling dikenali di televisyen British pada 1970-an hingga 1980-an.’

Selain muncul dalam rancangan TV British, dia juga turut hadir dalam program seperti ‘Emergency Ward 10, The Flaxton Boys dan Ming Your Language. Namun, namanya terkenal selepas membintangi siri klasik Doctor Who.

Narrator Dark Souls Malaysia

Lim yang muncul dalam siri Doctor Who ‘ The Mind of Evil’ memainkan peranan sebagai Kapten Shin Lee, seorang perwakilan pada persidangan damai antara UK dan China. Siri ini mempunyai enam episod bersama Third Doctor yang dilakonkan oleh Jon Pertwee.

Narrator Dark Souls Malaysia

Selepas beberapa dekad, Lim masuk ke industri game sebagai narrator dalam Trilogi Dark Souls. Walaupun dia sudah tua, namun suaranya masih kekal tenang dan lembut. Jadi, kalau korang main Dark Souls lepas ini, ingatlah bahawa suara narrator itu adalah suara Lim yang berasal dari Malaysia. Ikuti Gamer Santai untuk dapatkan lebih banyak berita mengenai Game, Anime dan banyak lagi.

Download sekarang!
Dark Souls 3
Steam
Dark Souls adalah game RPG yang dibangunkan oleh FromSoftware dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment.
Tags: dark soulsMalaysiaPenang
Previous Post

SEA Games – Malaysia tambah 2 pingat gangsa melalui PUBG Mobile dan AoV pada hari terakhir

Next Post

ASUS Malaysia mengumumkan siri Zenbook 2022 termasuk Space Edition, harga bermula RM4399

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
ASUS Malaysia mengumumkan siri Zenbook 2022 termasuk Space Edition, harga bermula RM4399

ASUS Malaysia mengumumkan siri Zenbook 2022 termasuk Space Edition, harga bermula RM4399

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd