Semalam merupakan hari terakhir SEA Games Hanoi 2021. Banyak perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia termasuk PUBG Mobile dan Arena of Valor yang dapat menyumbang pingat gangsa manakala pasukan League of Legends berakhir pada tempat ke-4.
Pasukan Arena of Valor gagal ke peringkat akhir selepas dikalahkan oleh tuan rumah, Vietnam dengan skor 3-0. Walaupun dikalahkan oleh Vietnam, mereka tetap raih pingat gangsa untuk negara. Ini merupakan pingat kedua dalam acara esports di SEA Games selepas pasukan FIFA Online 4 telah membawa pulang pingat gangsa pada minggu lepas.
Selepas bertungkus lumus selama tiga hari, pasukan PUBG Mobile berjaya bawa pulang pingat gangsa apabila pasukan Malaysia 1 menjadi pasukan tiga terbaik. Kita boleh lihat yang perlawanan PUBG Mobile sangat sengit apabila pasukan Malaysia 1 berjaya mendapatkan Chicken Dinner berturut-turut dalam pusingan 14 dan 15 dan berjaya melepasi Myanmar dengan perbezaan satu mata.
Dalam acara PUBG Mobile ini, kita boleh nampak yang Indonesia dan Vietnam mendominasi acara ini dalam kategori solo dan berkumpulan. Dalam kategori Solo, Vietnam membawa pulang emas manakala Indonesia membawa pulang perak. Bagi kategori berkumpulan, Indonesia 2 mendapat pingat emas dan Vietnam 1 mendapat pingat perak.
Selain itu, pasukan League of Legends telah dikalahkan oleh pasukan Singapura dengan skor 3-1, sekali gus gagal membawa pulang pingat gangsa untuk negara dan berakhir pada kedudukan ke-4. Dalam acara ini, kita boleh pasukan tuan rumah, Vietnam yang mendominasi acara ini tanpa kalah dan memenangi pingat emas.
Berikut adalah keputusan penuh bagi SEA Games kali ini:
[wpdatatable id=99]Walau apa pun keputusan yang dapat bagi setiap acara, pemain telah bertungkus lumus untuk mencuba sehabis baik dan menyumbang pingat untuk negara tercinta Malaysia. Dengan SEA Games Hanoi 2021 telah berakhir, kami mengucapkan tahniah kepada semua pasukan dan majulah e-sports untuk Negara! Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang e-sport, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post