ASUS Malaysia baru sahaja mengumumkan siri Zenbook baru untuk tahun ini di acara 2022 ASUS Zenbook Series Grand Launch. Acara padat itu menampilkan tema angkasa lepas, dan secara khususnya meraikan pelancaran ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition. Apa lagi yang mereka umumkan? Izinkan saya jelaskan satu-satu!
Zenbook 14X OLED Space Edition
Dengan reka bentuk unik bertemakan angkasa lepas pada badan dan disaluti oleh warna Zero-G Titanium, Zenbook 14X OLED Space Edition meraikan peristiwa penting dalam sejarah komputer riba ASUS. Saya tidak akan menceritakan banyak tentang laptop ini kerana kita sudah ada review yang korang boleh SINI, jadi berikut hanya adalah ringkasan.
Hanya eksklusif untuk Space Edition ialah skrin pintar ZenVision, sebuah paparan OLED 3.5 inci yang dipasang pada penutup. Ia boleh menunjukkan mesej, tema dan animasi ubah suai, lalu memberikan sedikit “gaya” di dalam hidup seseorang.
Dibina untuk menahan kesukaran perjalanan angkasa, 14X OLED Space Edition mematuhi protokol ujian Standard SMC-S-016A oleh Sistem Angkasa AS, jadi ia mampu menahan getaran melampau 4 kali lebih tinggi daripada ketahanan gred tentera standard. Laptop ini dibina untuk menyampaikan prestasi cemerlang, dikuasakan oleh pemproses 12th Generation Intel® CoreTM i7 H-series dan grafik Intel® Iris® Xe, RAM 16GB, SSD PCIe® 4.0 x4 dan WiFi 6E.
Skrin sentuh 16:10, 2.8K OLED 90Hz yang luas juga memberikan visual ultra realistik, dengan gamut 100% DCI-P3 dan penjagaan mata yang diperakui TÜV Rheinland.
ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition (UX5401) boleh didapati pada harga RM 6,499 (i7-12700H/16G/1TB) dan RM 5,599 (i5-12500H/16G/512GB).
[wpdatatable id=122]
Zenbook Pro 14 Duo OLED
Zenbook Pro 14 Duo OLED ialah laptop dual-screen dengan paparan OLED 14.5-inci 2.8K 120 Hz. Ia menampilkan skrin sentuh sekunbder ScreenPad Plus 12.7 inci yang lebih besar dan cerah, digabungkan dengan reka bentuk AAS Ultra yang bantu dalam penyejukan dan ergonomik.
Zenbook Pro 14 Duo OLED diperakui oleh Intel® EvoTM dan memiliki 12th Gen Intel® CoreTM i7 12700H dan GPU laptop NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti. Untuk visual kelas studio, skrin sentuh utama Dolby Vision 2.8K OLED HDR 16:10 mempunyai refresh rate 120 Hz yang lancar, kecerahan puncak yang dinaik taraf sebanyak 500 nits, ketepatan warna yang disahkan oleh PANTONE, dan penjagaan mata yang diperakui oleh TÜV Rheinland.
ASUS Zenbook Pro 14 Duo OLED (UX8402) berharga RM8,999 (i7-12700H/16G/512GB/RTX3050Ti).
Zenbook Pro 16X OLED
Zenbook Pro 16X OLED adalah laptop tanpa kompromi dengan banyak ciri reka bentuk inovatif yang semuanya direka untuk membantu dengan kreativiti pengguna semasa dalam perjalanan.
Zenbook Pro 16X OLED ialah laptop yang disahkan NVIDIA Studio, dan dikuasakan oleh pemproses 12th Gen Intel® Core i7 12700H dan GPU laptop NVIDIA GeForce RTXTM 3060. Bersama bateri kapasiti 96 Wh, ia menyediakan sehingga 10 jam autonomi untuk memastikan laptop dapat melalui hari kerja yang paling mencabar sekalipun.
Untuk visual, Zenbook Pro 16X OLED dilengkapi dengan skrin sentuh 16″ 16:10 4K 60 Hz OLED HDR dengan kecerahan 550-nit serta disahkan oleh PANTONE. Ciri-ciri inovatif lain termasuk Sistem Pencahayaan Pintar ASUS White-RGB serba baharu yang membolehkan amaran visual untuk status kuasa atau prestasi; ASUS Dial untuk kawalan tepat hujung jari bagi aplikasi kreatif; dan touchpad dengan haptik maklum balas untuk kemudahan klik di mana-mana sahaja.
ASUS Zenbook Pro 16X OLED (UX7602) boleh didapati pada harga RM11,999 (i7-12700H/16G/1TB/RTX3060).
Zenbook 14 OLED
Zenbook 14 OLED ialah laptop 14-inci yang elegan dan ringan serta menampilkan bateri berkapasiti 75 Wh. Tersedia dengan pemproses 12th Generation Intel® CoreTM i7 P-series (UX3402), dan paparan 2.8K OLED NanoEdge 90Hz.
Antara ciri-ciri lain termasuk engsel ErgoLift 180°, ASUS NumberPad 2.0, webcam dengan teknologi ASUS 3D Noise Reduction (3DNR), dan papan kekunci ASUS ErgoSense bersaiz penuh baharu serta touchpad ASUS ErgoSense.
ASUS Zenbook 14 OLED (UX3402) boleh didapati pada harga RM 5,599 (Ponder Blue: i7-1260P/16G/1TB) dan RM 4,399 (Ponder Blue, Aqua
Celadon: i5-1240P/16G/512GB).
Mulai sekarang hingga 29 Mei 2022, orang ramai diberi peluang untuk merasai pengalaman inovasi terkini daripada ASUS dalam pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti ZenVision Missing Letter Puzzle dan Creative Doodle dengan Duo Vision, untuk menangi barangan unik Pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai hadiah percuma dengan laptop ASUS terkini.
Untuk maklumat lanjut tentang ASUS Zenbook versi 2022, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post