Manga My Hero Academia masih menceritakan kesan selepas perang besar-besaran antara para Hero dan Paranormal Liberation Front, di mana ia telah membuat beberapa pendedahan penting yang bakal memberi implikasi besar kepada jalan cerita. Dalam bab terbaru manga, ia sekali lagi mengambil satu langkah besar dari segi naratif ketika ia maju ke fasa seterusnya. Manga My Hero Academia #306 telah memasuki “babak terakhir”, di mana ia dinamakan “The Final Act Begins.”
My Hero Academia, Ch. 306: Our heroes must finally answer to the public! Can they ease the widespread panic and pain of the city? Read it FREE from the official source! https://t.co/5wytHdi5e5 pic.twitter.com/muV5BULcOG
— Shonen Jump (@shonenjump) March 21, 2021
Amaran! Spoiler untuk manga My Hero Academia bab #306 di bawah!
Bab ini bersambung selepas pertemuan Midoriya Izuku (Deku) dan pengguna-pengguna lama One For All. Di sini, Deku belajar bahawa dia mungkin adalah orang terakhir yang dapat menggunakan quirk ini sebelum berhadapan dengan Shigaraki Tomura. Juga didedahkan dalam bab #306, Izuku telah membuat keputusan besar untuk mengubah hidupnya selama-lamanya ketika siri ini “time-skip” ke beberapa bulan depan untuk menunjukkan dunia MHA baru kepada pembaca.
Dalam bab ini, Hawks dan Best Jeanist juga diberitahu tentang rahsia One For All dari All Might manakala Endeavour menjelaskan kepada dunia bahawa apa yang dikatakan oleh Dabi sebenarnya adalah betul dan dia telah menganiaya keluarganya. Walaupun dunia dalam huru-hara, Endeavor dan rakan-rakannya kini lebih bertekad untuk melawan penjahat di masa depan.
Di penghujung bab, Izuku memilih untuk membuat satu keputusan terakhir. Selepas meninggalkan nota untuk setiap rakan sekelasnya yang menceritakan tentang rahsia quirk One For All dan misinya untuk menyelamatkan Shigaraki, siri ini kemudian “time-skip” ke hadapan beberapa bulan hadapan pada bulan April. Pembaca diberitahu bahawa Izuku sejak itu telah meninggalkan U.A. Academy, dan kini (mungkin?) bertindak sebagai vigilante (hero yang menentang kejahatan tetapi tidak rasmi).
Apa pendapat anda tentang time-skip ini? Adakah ini petanda untuk fasa terakhir My Hero Academia #306? Beri tahu pendapat anda dalam ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang My Hero Academia, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post