Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Multiplayer shooter FOAMSTARS buka “PS5 Open Beta” bermula 29 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 26, 2023
in Artikel, Berita, Beta, Demo, Shooter
0 0
0
Multiplayer shooter FOAMSTARS buka “PS5 Open Beta”  bermula 29 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa State of Play lalu, Square Enix rasmi akan menganjurkan “ujian Open Beta” untuk PS5 bagi game multiplayer third-person shooter FOAMSTARS. Ujian ini akan bermula 11:00PM, Jumaat 29 September hingga 2:59PM, Isnin 2 Oktober 2023.

Sempena itu, anda boleh melihat trailer pengumuman istimewa di bawah:

Secara am, FOAMSTARS ialah 4v4 online party shooter yang direka khusus untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4 dan dijangkan akan lancar pada 2024. Pemain akan mengawal FOAMSTARS, barisan atlet unik yang mengambil bahagian dalam kejohanan FOAMMASH.

Setiap FOAMSTAR memiliki senapang buih unik dan set kemahiran sendiri untuk bertarung, jadi siapa yang akan anda pilih sebagai juara anda? Ala-ala Splatoon, anda boleh menggunakan buih untuk membina rupa bumi, cipta permukaan licin untuk meneroka arena pada kelajuan tinggi, bertahan daripada serangan musuh, atau cari posisi tinggi untuk menembak pihak lawan.

Kredit: Square Enix

Dalam “FOAMSTARS Open Beta Party,” pemain dapat mengalami dua mode 4v4 berbeza dan memilih daripada lapan watak. Watak yang boleh dimainkan tersebut ialah:

  • Soa
  • ΔGITO
  • Tonix
  • Jet Justice
  • Mel T
  • The Baristador
  • Rave Breaker
  • Pen Gwyn
Kredit: Square Enix

Dua game mode yang saya sebutkan tadi ialah:

SMASH THE STAR – Bersaing dalam perlawanan sengit di mana strategi sentiaasa berubah semasa perlawanan berlangsung. Dalam SMASH THE STAR, setiap pasukan mesti bertarung untuk mendapatkan tujuh “knockout” daripaada pasukan lawan. Setelah ini dicapai, pemain terbaik dipilih untuk menjadi “Star Player” dan menjadi kunci kemenangan! Untuk memenangi perlawanan, pasukan mesti mengalahkan “Star Player” pasukan lawan sambil juga melindungi pasukan mereka sendiri!

HAPPY BATH SURVIVAL – Pertarungan antara dua pasukan yang terdiri daripada dua pemain “infield” dan dua pemain “outfield”. Kemenangan diperoleh dengan mengalahkan kedua-dua pemain “infield” pihak lawan, manakala pemain “outfield” akan menyokong dan memberikan pertahanan untuk rakan sepasukan mereka!

Kredit: Square Enix

Cara-cara untuk sertai Open Beta

Akses kepada open beta adalah percuma. Anda hanya perlu muat turun “FOAMSTARS Open Beta Party” melalui PlayStation Store dan lancarkan game pada PlayStation 5 semasa tempoh acara untuk mengambil bahagian secara percuma. Langganan PlayStation Plus tidak diperlukan untuk menyertai open beta.

Tarikh: 11:00PM, Jumaat 29 September hingga 2:59PM, Isnin 2 Oktober 2023.

Kredit: Square Enix

FOAMSTARS akan keluar di PlayStation 5 dan PlayStation 4 pada 2024.

Tags: FOAMSTARSopen betaps5
ShareTweetSend
Previous Post

Demo Sword Art Online Last Recollection Kini Tersedia di PS & Steam!

Next Post

Zom 100: Bucket List of the Dead Episod 10-12 Ditunda Sehingga Mendapat Tarikh Tayangan Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
Zom 100: Bucket List of the Dead Episod 10-12 Ditunda Sehingga Mendapat Tarikh Tayangan Baharu!

Zom 100: Bucket List of the Dead Episod 10-12 Ditunda Sehingga Mendapat Tarikh Tayangan Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd