Komputer riba premium MSI sangat terkenal kerana inovasi dan prestasinya yang canggih, demi meningkatkan perniagaan dan produktiviti pengguna. Kini, MSI secara rasmi melancarkan komputer riba “Best of CES 2021” terbarunya, Summit E13 Flip Evo dan Summit E16 Flip, di mana kedua-duanya direka berdasarkan undang-undang nisbah keemasan, bersama alat MSI Pen eksklusif yang juga merupakan pemenang Anugerah Inovasi CES, dan USB-C Docking Station Gen 2. Produk baru ini adalah solusi terbaik bagi para profesional perniagaan untuk mewujudkan gaya kerja yang paling fleksibel, mudah alih dan serba boleh.
Summit E13 Flip Evo
Summit E13 Flip Evo, yang dianugerahkan sebagai “Best of CES 2021“, telah mencontohkan nilai “nisbah keemasan”. Komputer riba 13″ inci Summit E13 Flip Evo amat ringan dan serba boleh bagi mewakili kesempurnaan estetik sempurna. Dari logo dan reka bentuknya yang menonjol hingga ke paparan 16:10, untuk memperluaskan ruang membaca bagi meningkatkan kecekapan kerja, semuanya dirancang berdasarkan aturan nisbah keemasan.
Casis komputer riba ini juga direka dengan proses pemesinan CNC, dan menampilkan engsel 360 darjah ergonomik untuk senario kerja yang berubah-ubah. Casis Ink-Black atau Pure-White dengan bahagian tepi yang bersinar mencerminkan keyakinan pengguna dan ukiran garisan mempamerkan elemen luar biasa untuk golongan perniagaan elit.
Walaupun untuk komputer riba perniagaan, MSI tetap teguh dalam memberikan prestasi yang sangat hebat. Disahkan oleh platform Intel® Evo™, Summit E13 Flip Evo menjamin prestasi yang luar biasa. Menampilkan pemproses Intel® Core™ i7 generasi ke-11 terbaru & grafik Intel® Iris® Xe, ia memberikan prestasi terbaik namun mudah dibawa dengan peningkatan prestasi sehingga 10% berbanding komputer riba lain dalam kategorinya. Lebih hebat lagi, Summit E13 Flip Evo menawarkan jangka hayat bateri sehingga 20 jam untuk mobiliti optimum tanpa kompromi.
Selain itu, ia adalah komputer riba pertama yang dilengkapi dengan teknologi Wi-Fi 6E terkini untuk memberikan kelajuan yang menakjubkan sambil memastikan rangkaian tetap lancar dan stabil walaupun berkongsi dengan banyak pengguna. MSI ingin menghargai masa, dan sebab itulah Summit E13 Flip Evo menawarkan pelbagai produktiviti seperti menampilkan Thunderbolt™ 4 yang membolehkan anda mengecas peranti dengan cepat, serta memindahkan data pada 40 Gbps. PCIe Gen4 SSD meningkatkan aliran kerja harian dengan cekap dan mempunyai kebolehpercayaan dan integriti isyarat yang lebih baik untuk prestasi yang lebih baik.
Lebih penting lagi, maklumat sulit akan dilindungi dengan berhati-hati di bawah keselamatan perkakasan berasaskan TPM2.0. Di samping itu, untuk menepati trend panggilan video yang meningkat tinggi sekarang, kamera web Summit E13 Flip Evo secara eksklusif memberikan perlindungan tiga kali ganda dengan: lampu penunjuk, hotkey on/off, dan suis fizikal di sisi komputer riba. Satu lagi fungsi bagus adalah MSI AI Noise Cancellation dan Noise Reduction CAM, yang dapat membantu mengurangkan kebisingan secara akustik dan visual untuk mewujudkan persekitaran kerja profesional yang tidak terganggu.
Summit E16 Flip
Summit Series juga dilengkapi dengan versi yang lebih besar, iaitu Summit E16 Flip. Ini adalah komputer riba paling nipis di pasaran komputer riba “2-in-1″ 16” inci. Ia mempunyai reka bentuk Ink-Black yang sesuai dengan mana-mana pejabat, dan sisi ramping yang memberikan tampilan lebih ramping dan lebih premium daripada kebanyakan komputer riba perniagaan. Selain dari memiliki semua fitur terbaik di Summit E13 Flip Evo, Summit E16 Flip juga dilengkapi dengan grafik NVIDIA terkini, yang membolehkannya mengendalikan kerja-kerja pengkomputeran berat.
Satu lagi fitur menarik di Summit E16 Flip adalah reka bentuk termal baru eksklusif MSI, “Dynamic Cooler Boost“. Sistem ini hanya menghasilkan bunyi 35dB walaupun CPU berada pada tahap beban penuh, manaka;a komputer riba lain akan menghasilkan julat beranggaran 45 hingga 60dB.
MSI Pen
Bagi profesional yang mahukan produktiviti maksimum, MSI Pen membolehkan pengguna mengekspresikan idea mereka secara bebas. Ini adalah stylus yang memenangi anugerah CES 2021. Gaya minimalis dengan rekaan logam menampilkan bentuk yang sempurna seperti pen sebenar. Secara dalaman, MSI Pen memberikan sensitiviti tekanan hingga tahap 4096 dan dilengkapi dengan teknologi MPP2.0, yang memberikan sambungan lebih stabil.
Ia menggabungkan stylus dan alat kawalan jarak jauh untuk kegunaan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. MSI Pen Control pula membolehkan pengguna mengubahsuai fungsi butang pen, dan menunjukkan jangka hayat bateri di paparan. Reka bentuknya memberikan pengalaman yang lancar dan meningkatkan produktiviti. Kini, nikmati faedah dari cara tradisional dan moden untuk membuat nota dalam satu peranti.
MSI USB-C Docking Station Gen2
Untuk menghadapi persekitaran perniagaan yang mencabar, anda memerlukan gaya kerja yang fleksibel dan mudah alih. MSI USB-C Docking Station Gen2 menyelamatkan pengguna dari ruang kerja yang tidak kemas dan mewakilkan semua peranti ke dalam satu dok khusus. Ia dapat menyambung hingga ke 3 paparan dan mempunyai 5 port USB tambahan. Ini bukan hanya memenuhi keperluan anda dengan output kuasa 100W tetapi juga transmisi video dan data 4K, untuk mengekalkan profesionalisme, dan membawa produktiviti yang lebih tinggi, lantas membantu pengguna menjimatkan lebih banyak masa.
Komputer Summit E13 Flip Evo dan Summit E16 Flip bukan hanya membantu pengguna menjimatkan belanjawan jika pengguna menginginkan tablet dan komputer riba. Lebih-lebih lagi, komputer riba menjadikan kehidupan pengguna lebih mudah dengan mengkonfigurasi fungsi komprehensif yang memenuhi permintaan pengguna perniagaan dan pengguna harian yang menentukan untuk berjaya. Untuk maklumat lanjut tentang produk-produk ini, anda boleh layari laman web rasmi MSI atau halaman Facebook, Instagram, dan Twitter mereka.
Berikut adalah spesikasi bagi produk tertentu:
Summit E13 Flip Evo | |
Processor |
|
Display |
|
Memory |
|
Storage |
|
Webcam |
|
Communication |
|
I/O Port |
|
Security |
|
Sensor |
|
Webcam |
|
Keyboard |
|
Audio |
|
Battery/Adapter |
|
Dimension |
|
Weight |
|
Color |
|
Price |
|
MSI PEN | |
Dimension |
|
Weight |
|
Material |
|
Pressure Level |
|
Buttons |
|
Power |
|
Connectivity |
|
Attachability |
|
Compatibility |
|
Protocol |
|
Color |
|
USB-C Docking Station Gen 2 | ||
Upstream (Connect to Computer)
|
|
|
|
|
|
Downstream Port |
|
|
Video out |
|
|
Audio |
|
|
Ethernet |
|
|
Adapter |
|
|
Dimension |
|
|
Weight |
|
|
OS |
|
@gamersantaimy
Discussion about this post