Konami hari ini telah mengumumkan sebuah game gaya werewolf dengan futuristik London bernama Crimesight. Game ini akan tiba ke platform PC dan kini sedang mengadakan ujian beta tertutup bermula hari ini, tetapi tarikh pelancaran rasminya masih belum diumumkan lagi.
[Looking for new Players]We are recruiting players to participate in the closed beta test of a new PvP mystery simulation game called "CrimeSight"!
■Apply by doing the following:
・Follow @CRIMESIGHT_EN
・Retweet this tweet.#CrimeSightMore details:https://t.co/TGg3UVuEAj pic.twitter.com/YlooibgJFC
— CRIMESIGHT_EN (@CRIMESIGHT_EN) June 24, 2021
Crimesight kini sedang merekrut pemain untuk menyertai ujian beta tertutup, dan permohonan penyertaan boleh didapatkan dengan mengikuti akaun Twitter rasmi game ini. Anda juga boleh menyertai server Discord CRIMESIGHT dan memberi respon sebagai tanda perekrutan menggunakan emoji yang tertentu.
Game Crimesight berlaku di London pada tahun 2075, dimana AI membuat ramalan mengenai jenayah yang akan berlaku dan berjaya membasmi kadar jenayah. Sebuah AI khas yang diberi nama “Sherlock“, telah dibangunkan untuk membantu mengelakkan masa depan di mana dunia akan musnah. Namun dalam game ini, anda perlu menentang sebuah AI bernama Moriarty yang cuba menghalang segala usaha Sherlock.
Pemain akan terbahagi kepada beberapa pasukan tanpa menyatakan identiti mereka, dan mereka yang memegang peranan sebagai Moriarty perlu memenuhi syarat tertentu untuk melepaskan diri serta membunuh NPC. Manakala pemain yang menjadi Sherlock perlu membuat kesimpulan untuk meneka siapa pelaku kepada mangsa. Game ini pastinya menyebabkan anda bersama rakan akan saling menuduh dan sangat seronok untuk dimainkan.
Buat masa ini, tiada pengumuman rasmi mengenai tarikh pelancaran Crimesight, tetapi anda boleh menyertai ujian beta tertutup game bermula 25 Jun sehingga 10 Julai. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh tekan pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post