Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Movie One Piece FILM: RED diumumkan, menampilkan Red-Haired Shanks sebagai watak utama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 19, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Movie One Piece FILM: RED diumumkan, menampilkan Red-Haired Shanks sebagai watak utama!
Share on FacebookShare on Twitter

Episod ke-1000 untuk One Piece akan datang pada Ahad ini tetapi nampaknya kita ada berita yang lagi gempak. Pencipta Eiichiro Oda telah mengesahkan bahawa movie One Piece FILM: RED memang dalam pembikinan dan akan membintangi Red-Haired Shanks sebagai watak utama.

Baru-baru ini, kakitangan Toei Animation dan Eiichiro Oda telah mengambil bahagian dalam satu acara istimewa bersama peminat tertentu. Di sini, Oda berkongsi berita bahawa filem baru yang bertajuk “One Piece Film: RED” akan ditayangkan pada 6 Ogos 2022. Selain itu, filem ini akan diarahkan oleh Goro Taniguchi manakala skrip akan ditulis oleh Kuroiwa Tsutomu. Seterusnya, Eiichiro Oda akan mengawas sepenuhnya produksi filem ini.

Image
Image

Buat masa ini, jalan cerita tentang filem tidak didedahkan tetapi anda boleh melihat logo yang disediakan. Apa yang mengesahkan lagi kehadiran Red-Haired Shanks adalah huruf D di tajuk “RED” mempunyai tiga parut yang sama seperti mata kiri Shanks. Selain itu, Oda turut mengeluarkan mesej untuk memperingati berita gembira ini dan berterima kasih kepada pengarah & kakitangan produksi kerana sentiasa bersamanya dari awal penciptaan One Piece.

Image

Berikut adalah isi kandungan mesej:

“Kami sedang membuat filem!! RED!! Saya penat melukis orang tua dalam filem(gelak)! Biar saya lukis watak perempuan! Watak semasa yang sedang kami usahakan adalah seperti itu! Maka itulah permulaannya. Tahukah anda bahawa pengarah Taniguchi Gorou sebenarnya adalah orang pertama di dunia yang menjadikan Luffy sebagai anime? Sekarang, kami mempunyai beberapa berita yang benar-benar mengejutkan anda. Filem baru, “RED”!! Sila nantikannya sambil membayangkan bagaimana rupanya!!

tulis Eiichiro Oda.
Image

Maklumat lanjut berkaitan Filem One Piece: RED akan dikongsikan dengan peminat tidak lama lagi tetapi setakat ini disahkan bahawa Red-Haired Shanks akhirnya akan membintangi cerita sendiri. Kita hanya mampu tunggu apabila One Piece menayangkan episod ke-1000. Untuk lebih banyak berita One Piece, sila tekan pautan ini.

Sumber – Twitter

Tags: animefilemone pieceOne Piece FILM: RED
Previous Post

“Memberi elemen fresh kepada anime klasik” – Interview eksklusif bersama krew live-action Cowboy Bebop

Next Post

Nama “Tom” dan “Jerry” bukanlah nama sebenar watak dalam Tom & Jerry

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Nama “Tom” dan “Jerry” bukanlah nama sebenar watak dalam Tom & Jerry

Nama "Tom" dan "Jerry" bukanlah nama sebenar watak dalam Tom & Jerry

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd