Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ninja Gaiden 4 Umum DLC ‘The Two Masters’ – Cerita Baru, Senjata Baru & Mod Abyssal Road!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 26, 2026
in Action, Artikel, Berita, DLC, Microsoft, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Ninja Gaiden 4 Umum DLC ‘The Two Masters’ – Cerita Baru, Senjata Baru & Mod Abyssal Road!
Share on FacebookShare on Twitter

Xbox Game Studios bersama Team NINJA dan PlatinumGames telah mengumumkan DLC expansion pertama untuk Ninja Gaiden 4 yang diberi tajuk The Two Masters. DLC ini akan dikeluarkan pada 4 Mac 2026.

Kandungan tambahan ini boleh dibeli secara berasingan, namun bagi pemain yang sudah memiliki Ninja Gaiden 4 Deluxe Edition atau Deluxe Upgrade, anda boleh memuat turunnya tanpa sebarang kos tambahan.

Plot Baharu

Jalan cerita The Two Masters bermula selepas berakhirnya kempen utama. Pemain masih akan mengikuti dua protagonis utama (Ryu Hayabusa dan Yakumo) ketika mereka sekali lagi terpaksa berhadapan dengan ancaman fiend baharu yang mahu menakluki dunia.

Sebaik sahaja menamatkan cerita utama, pemain akan membuka beberapa bab baharu yang direka khas untuk menguji tahap refleks anda.

Peringkat-peringkat ini menampilkan variasi musuh yang lebih ganas serta pertarungan boss yang rumit; yang menurut pembangun, bakal mencabar kemahiran pemain yang sudah pun menguasai tahap difficulty tertinggi.

Senjata Baharu

The Two Masters memperkenalkan dua senjata unik.

Yakumo dilengkapi dengan “Solitaire,” sebilah sabit gergasi yang direka sangat sesuai untuk crowd control kumpulan musuh yang besar dengan efisien.

Sementara itu, Ryu Hayabusa menerima gauntlet ular yang dinamakan “Jakotsumon.” Senjata ini serasi bagi mereka yang gemar gaya lawan jarak dekat yang pantas dan berterusan, selain memberikan Ryu kelebihan untuk menerjang ke arah musuh dalam sekelip mata.

Buat pemain yang masih dalam proses menamatkan cerita asal, senjata-senjata ini tidak dikunci di sebalik jalan cerita expansion. Sebaliknya, anda boleh mula menggunakan Solitaire dan Jakotsumon sebaik sahaja DLC ini dimuat turun.

Abyssal Road

Abyssal Road merupakan mod cabaran yang mengandungi 100 perlawanan unik, merangkumi musuh daripada game asal dan juga expansion. Tahap intensiti akan semakin meningkat setiap kali pemain mara lebih jauh.

Abyssal Road turut memperkenalkan dua mekanik gameplay baharu:

  • Special Blood Essence: Sumber taktikal yang boleh mengubah nasib pemain ketika berada dalam situasi terdesak.
  • Frenzied Enemies: Mekanik yang mengubah tingkah laku musuh secara dinamik, menjadikan mereka lebih agresif dan sukar diramal semasa bertarung.

Akses kepada Abyssal Road serta Ninja Trials baharu akan diberikan secara automatik sebaik sahaja pemain menamatkan kempen cerita The Two Masters pada mana-mana tahap kesukaran.

Peningkatan Kualiti dan Prestasi

Selain kandungan berbayar, satu title update besar akan dilancarkan secara percuma untuk semua pemain. Berdasarkan maklum balas komuniti, patch ini memberi tumpuan kepada aspek responsif combat untuk menjadikan aksi terasa lebih lancar.

Selain itu, ada customization set senjata yang lebih luas untuk loadout peribadi, serta pembaikan pelbagai bug dan isu keseimbangan bagi memastikan pengalaman gameplay yang lebih baik dari awal hingga akhir.

Ninja Gaiden 4 kini boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (melalui Steam dan Microsoft Store).

Tags: DLCNINJA GAIDEN 4
ShareTweetSend
Previous Post

Mortal Kombat II Umum Tarikh Tayangan Baru – Janji Aksi Lebih Ganas Pada Mei 2026!

Next Post

Reviy PGA Tour 2K25 (Nintendo Switch 2) – Terlepas Hole-In-One!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Reviy PGA Tour 2K25 (Nintendo Switch 2) – Terlepas Hole-In-One!

Reviy PGA Tour 2K25 (Nintendo Switch 2) - Terlepas Hole-In-One!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd