Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ghost of Yotei Diumumkan! Sekuel Kepada Ghost of Tsushima, Akan Datang 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2024
in Action, Artikel, Berita, Open World, PS5
0 0
0
Ghost of Yotei Diumumkan! Sekuel Kepada Ghost of Tsushima, Akan Datang 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan Ghost of Yotei, game terbaru daripada Sucker Punch Productions dan pengenalan hero terbaharu, Atsu. Dibuat khas untuk PlayStation 5, game ini akan dilancarkan pada 2025.

Anda boleh menonton trailer pengumuman di bawah untuk pandangan pertama:

Untuk mencipta sesuatu yang segar tetapi masih dikenali, Sucker Punch melangkaui kisah Jin Sakai dan pulau Tsushima, dan mengalihkan fokus kepada idea tentang Ghost. Mereka ingin meneroka apa yang mungkin berlaku jika seorang watak baru memakai topeng Ghost, dan menemui legenda baru. Ini membawa kepada Ghost of Yotei: seorang protagonis baru, cerita baru untuk dikembangkan, dan kawasan baru di Jepun untuk diterokai.

Kredit: Sucker Punch Productions

Walaupun butiran cerita tidak dijelaskan, Sucker Punch masih mendedahkan bahawa perjalanan Atsu berlaku pada tahun 1603, lebih 300 tahun selepas peristiwa dalam Ghost of Tsushima.

Kisah ini berlatarkan kawasan sekitar Gunung Yotei, sebuah puncak tinggi di tengah-tengah Ezo, kawasan Jepun yang kini dikenali sebagai Hokkaido. Pada tahun 1603, kawasan ini berada di luar pemerintahan Jepun, dan dipenuhi dengan padang rumput yang luas, tundra bersalji, dan bahaya yang tidak dijangka. Ia jauh berbeza daripada klan samurai yang tinggal di Tsushima, dan menjadi latar untuk sebuah kisah original yang belum diterokai.

Kredit: Sucker Punch Productions

Ini juga merupakan game pertama oleh Sucker Punch yang dibina sepenuhnya untuk PlayStation 5, dan mereka teruja untuk membina asas visual yang terasa lebih nyata.

Menurut mereka, game terbaru akan mempunyai pemandangan luas yang membolehkan anda melihat jauh melintasi persekitaran, langit baru dengan bintang yang berkelip dan aurora, pergerakan angin yang lebih realistik pada rumput dan tumbuh-tumbuhan, serta lebih banyak penambahbaikan yang akan dikongsikan pada masa akan datang.

Game ini juga akan memperkenalkan mekanik baru, penambahbaikan gameplay, dan juga senjata baru.

Kredit: Sucker Punch Productions

Trailer hari ini memberikan sedikit gambaran tentang dunia ini, tetapi terdapat lebih banyak lagi yang perlu ditunjukkan, dan semua itu akan dikongsikan dalam bulan-bulan akan datang.

Tags: Ghost of Yotei
ShareTweetSend
Previous Post

Monster Hunter Wilds Akan Datang 28 Februari 2025, Pre-Order Kini Dibuka!

Next Post

AirAsia Memperkenalkan Pesawat Sonic the Hedgehog & Persona 5 Royal!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
AirAsia Memperkenalkan Pesawat Sonic the Hedgehog & Persona 5 Royal!

AirAsia Memperkenalkan Pesawat Sonic the Hedgehog & Persona 5 Royal!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd