Semasa gamescom 2026, TiMi Studio Group dan Capcom telah mendedahkan Ruger Aidal, iaitu flagship Elder Dragon serba baharu yang pertama kali diperkenalkan dalam Monster Hunter Outlanders. Bersama raksasa ini, sesi pra-pendaftaran rasmi telah dibuka di seluruh dunia untuk iOS dan Android.
Dalam trailer baharu, sekumpulan hunter di benua Aesoland melihat aurora aneh yang menyinari langit sebelum bersemuka dengan raksasa tersebut. Diselubungi bulu keemasan yang berkilauan, Ruger Aidal melayang di atas tebing dengan sayap menyerupai pancaran cahaya.
Tidak menyerang secara terburu-buru, raksasa ini terapung sebelum menumpukan tenaga kepada bebola cahaya. Mirip matahari kecil, ia melepaskan gelombang cahaya dan haba yang membakar seluruh kawasan, menyebabkan Commander Freya serta pasukannya terpelanting akibat impak letupan tersebut. Kisah tentang Elder Dragon hebat ini sekian lama menjadi dongeng di Aesoland, dan para pemain bakal merungkai rahsia serta hubung kait raksasa ini dengan mineral misteri di benua tersebut melalui jalan cerita utama.
#MHO Monster Info — Ruger Aidal
— Monster Hunter Outlanders (@MHO_English) August 26, 2026
An elder dragon newly discovered on Aesoland.
It hardens the radiant particles that coat its body into armor, using them for both offense and defense. It can also draw in radiant particles from its surroundings to unleash powerful attacks.
▼… pic.twitter.com/zJuAGa2SJs
Dibangunkan untuk peranti mobile di bawah lesen rasmi Capcom, Monster Hunter Outlanders membawa pengalaman memburu ikonik francais ini ke genre open-world survival action RPG. Pemain boleh meneroka biom yang luas tanpa sebarang sekatan menggunakan peralatan seperti glider dan zipline, membina field camp untuk cipta gear bila-bila masa, serta merekrut Guild Adventurer unik untuk menyertai skuad pemburuan. Sistem combat masih mengekalkan gaya taktikal dan impak serangan yang menjadi identiti siri ini, sesuai untuk gameplay solo mahupun mod 4-player co-op bagi menumbangkan raksasa yang mencabar.
📅 3rd Closed Beta Test Event Calendar Released!
— Monster Hunter Outlanders (@MHO_English) August 7, 2026
We’ve compiled all the events you can enjoy during this test period!
Check out the calendar and let's go hunting on Aesoland!#MHO #MHOutlanders #MonsterHunterOutlanders pic.twitter.com/Tw2Mxs7UPj
Bagi pemain yang sedang menyertai Closed Beta Test ke-3, satu kemas kini kandungan besar akan berlangsung pada 28 Ogos 2026.
Kemas kini ini menampilkan acara “Nergigante Approaches”, yang memperkenalkan Elder Dragon kegemaran ramai dari Monster Hunter: World ke dalam sesi ujian ini. Pemain juga boleh membuat pull untuk pakar Great Sword berelemen api, Freya, melalui recruitment banner “Crimson Authority”, sertai acara “Hunting Dash”, serta menebus 60 kali cubaan recruitment percuma bersama ikon dan title eksklusif untuk penguji beta. Selain itu, drop rate untuk Visage juga akan ditingkatkan di semua peta bermula 28 Ogos hingga 30 Ogos.
⚔️ Monster Hunter Outlanders Pre-Registration is Now Open!
— Monster Hunter Outlanders (@MHO_English) August 26, 2026
Starting today, pre-registration is available on the App Store / Google Play!
Adventurers, get ready for the journey awaiting you on Aesoland — pre-register now!
▼ Pre-register herehttps://t.co/weqxDNvsBw
*The… pic.twitter.com/X55IO3Fskw
Pemain di Malaysia boleh mendaftar di Apple App Store dan Google Play Store untuk membuka pelbagai ganjaran apabila game ini dilancarkan secara rasmi nanti.








Discussion about this post