Capcom telah mengumumkan Monster Hunter Freedom Unite untuk iOS akan di nyah-senaraikan daripada App Store pada 1 September nanti. Ianya dijual dengan harga USD$14.99. Capcom telah memberitahu apa yang bakal dihadapi oleh pemain-pemain game ini.
Dengan ini, pada tarikh tersebut game ini tidak lagi boleh dibeli dan dimua turun. Kepada yang sudah pun membelinya, mereka akan boleh memuat turun semula selagi mana iOS membenarkannya. Fungsi chat di Online Gathering Hall juga akan berhenti berfungsi selepas tarikh ini. Mod online dan single player dari Gathering Hall akan terus berfungsi dan game ini juga sekarang masih disokong sehingga iOS 10.2.
Kepada yang sering mendengar tentang Monster Hunter: World tetapi ingin mencuba francais ini di platform mudah alih, game ini adalah antara pilihan yang murah. Adalah tidak disarankan untuk membeli game ini sekarang kerana game Capcom terkenal dengan masalah apabila iOS mengeluarkan kemaskini yang besar dan juga kerana Capcom secara jelas telah menyatakan mereka akan menghentikan sokongan game ini untuk keluaran iOS akan datang.
Di harapkan Capcom akan mengeluarkan game daripada jalan cerita utama francais ini yang boleh menggantikan Monster Hunter Freedom Unite.
Sumber: Toucharcade
@gamersantaimy
Discussion about this post