Secara rasmi Bandai Namco Entertainment telah menayangkan treler rasmi permainan terbaru mereka yang dibawa dari anime kegemaran ramai iaitu Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxiboost ON yang menawarkan bonus pre-order mereka!
MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ON adalah port sebenar versi arcade yang beroperasi pada 2016 di Jepun dan masih popular hingga kini sehingga ianya diadaptasi ke platform konsol! Permainan aksi pertempuran pasukan 2 on 2 di mana anda dapat mengoperasikan Mobile Suits dari francais siri Gundam, masing-masing dengan kemampuan berbeza yang siap sesuai dengan gaya permainan anda! Sertailah pertempuran dengan 183 unit dari seluruh alam semesta Gundam dengan 2 unit tambahan yang tidak termasuk dalam versi arked!
Pemain yang membuat pre-order Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxiboost ON akan menerima Mobile Suit Gundam Barbatos Lupus Rex yang dapat dimainkan, serta akses ke Operator “Sthesia Awar” dalam Mobile Suit Gundam Battle Operation 2.
Harga bagi Standard Edition untuk Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxiboost ON adalah RM269.00 manakala untuk Edisi yang beserta Premium Sound adalah RM359.00. Selain itu, pada pemain yang membeli pre-order ini, anda juga akan dapat bermain akses awal yang dibuka pada setiap hujung minggu di PlayStation 4 bermula dari 19 Jun 2020 sehingga tarikh pelancaran permainan ini.
Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxiboost ON dijadualkan akan hadir di platform PlayStation 4 pada 30 Julai 2020 secara global. Pada anda yang ingin tahu pendapat pertama kami ketika mencuba beta permainan ini, anda boleh rujuk semula artikel kami sebelum ini. Jadi jangan lupa untuk Pre-order Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxiboost ON!
@gamersantaimy
Discussion about this post