Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 13, 2026
in Action, Artikel, Berita, Open World, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI
Share on FacebookShare on Twitter

CyberLeek yang terkenal sebagai leaker yang asyik membocorkan klip Grand Theft Auto VI (GTA 6/VI) sejak Ogos lalu, telah memberi kata dua kepada Take-Two Interactive (syarikat induk Rockstar). Dia menuntut mereka mengembalikan semula cakera fizikal, atau seluruh fail permainan yang boleh dimainkan akan disebarkan ke internet.

Dalam satu notis bertajuk “The Offer” di laman web miliknya, CyberLeek mendakwa dia memegang fail internal development build GTA 6 bersaiz lebih 200GB. Dia mendakwa build ini boleh dimainkan dari awal sampai habis, lengkap dengan semua ‘story mission’ sehinggalah ke paparan ‘end credit’.

Untuk mengelakkan build ini disebarkan kepada umum, CyberLeek memberi “satu jalan keluar” kepada Take-Two:

“Take-Two ada satu jalan keluar: cakera fizikal dan permohonan maaf secara terbuka. Mereka boleh ambil jalan keluar ini pada bila-bila masa. Atau mereka boleh ambil risiko dan anggap CL sekadar menggertak.”

Tuntutan ini timbul disebabkan laporan bahawa penjualan GTA 6 tidak akan menyertakan cakera fizikal di dalam kotak… di mana kotak versi konsol hanya mengandungi kod muat turun digital sahaja.

Cyberleek shares almost 25 minutes of unseen GTA 6 gameplay
by u/HotHoneyMustardFan in GamingLeaksAndRumours

Selain tuntutan kepada Take-Two, leaker ini turut meletakkan syarat kepada orang ramai. Jika memecoin miliknya, $CYBERLEEK, mencecah nilai pasaran sebanyak AS$30 juta (sekitar RM122 juta), build itu tetap akan disebarkan.

Memang tidak dinafikan, CyberLeek mempunyai akses kepada build game ini sebelum ini. Dalam satu klip pada Ogos lalu, watak utama lelaki Jason dilihat menembak dinding satu demi satu peluru untuk mengeja perkataan “LEEK” — aksi yang hampir mustahil dipalsukan. Penganalisis juga menyatakan rakaman itu nampak seperti berjalan di atas ‘PC development build’ yang belum dioptimumkan, bukannya pada console devkit yang dikunci.

Namun begitu, setakat mempunyai akses kepada platform ujian pembangun, ia tidak bermakna seluruh jalan cerita boleh dimainkan atau sudah stabil. Memandangkan pelancaran rasmi untuk konsol cuma tinggal beberapa minggu saja lagi, ramai melihat ugutan ini hanyalah helah untuk buat duit melalui kripto sebelum orang ramai mula hilang minat.

Tags: CyberLeekGTA VI
ShareTweetSend
Previous Post

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd