Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mobile Legends, TikTok & 57 aplikasi lain diharamkan di India!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 1, 2020
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Mobile Legends, TikTok & 57 aplikasi lain diharamkan di India!
Share on FacebookShare on Twitter

India telah membuat keputusan untuk membuang 59 aplikasi China daripada Google Play Store dan Apple App Store termasuk Mobile Legends, Clash of Kings dan dan TikTok. Perkara ini berasal daripada isu Garis Kawalan Sebenar India dan China yang semakin bermasalah sejak beberapa minggu lepas. Selama konflik ini berlansgung, ramai rakyat India mengambil inisiatif untuk memboikot barang dan aplikasi Cina seperti telefon pintar, komputer riba dan sebagainya. Kini, masalah antara kedua-dua negara tersebut telah beralih ke dunia digital sehingga game terkenal seperti Mobile Legends pun diharamkan.

#Update | Government of India Bans 59 mobile apps which are prejudicial to sovereignty and integrity of India, defence of India, security of state and public order. Read the press release by @PIB_India for more details – https://t.co/LcIuXOnlfK

— Ministry of Electronics & IT (@GoI_MeitY) June 29, 2020

Mengapa Mobile Legends diharamkan?

Siaran akhbar oleh kerajaan India menyatakan:

“Kementerian Teknologi Maklumat, yang menggunakan kuasannya di bawah seksyen 69A Akta Teknologi Maklumat dengan ketentuan relevan daripada Peraturan Teknologi Maklumat (Prosedur dan Perlindungan untuk Menyekat Akses Maklumat oleh Orang Awam) 2009 telah memutuskan untuk menyekat 59 aplikasi kerana ia terlibat dalam aktiviti yang membahayakan kedaulatan dan integriti India, pertahanan India, keamanan negara dan ketenteraman awam”.

Selain itu. Kementerian Teknologi Maklumat India telah menerima “banyak aduan oleh rakyat mengenai keselamatan data dan risiko terhadap privasi yang berkaitan dengan operasi aplikasi tersebut. Pasukan Respons Kecemasan Komputer (CERT-IN) juga telah menerima banyak aduan daripada rakyat mengenai keselamatan data dan pelanggaran privasi yang mempengaruhi masalah ketenteraman awam.

59 aplikasi China yang diharamkan adalah seperti berikut:

  • TikTok
  • Mobile Legends
  • Shareit
  • Kwai
  • UC Browser
  • Baidu map
  • Shein
  • Clash of Kings
  • DU battery saver
  • Helo
  • Likee
  • YouCam makeup
  • Mi Community
  • CM Browers
  • Virus Cleaner
  • APUS Browser
  • ROMWE
  • Club Factory
  • Newsdog
  • Beauty Plus
  • WeChat
  • UC News
  • QQ Mail
  • Weibo
  • Xender
  • QQ Music
  • QQ Newsfeed
  • Bigo Live
  • SelfieCity
  • Mail Master
  • Parallel Space
  • Mi Video Call Xiaomi
  • WeSync
  • ES File Explorer
  • Viva Video QU Video Inc
  • Meitu
  • Vigo Video
  • New Video Status
  • DU Recorder
  • Vault-Hide
  • Cache Cleaner DU App studio
  • DU Cleaner
  • DU Browser
  • Hago Play With New Friends
  • Cam Scanner
  • Clean Master Cheetah Mobile
  • Wonder Camera
  • Photo Wonder
  • QQ Player
  • We Meet
  • Sweet Selfie
  • Baidu Translate
  • Vmate
  • QQ International
  • QQ Security Center
  • QQ Launcher
  • U Video
  • V fly Status Video
  • DU Privacy
Sumber - BERNAMA (2019)
Sumber – BERNAMA

Nampaknya sentimen Anti-China semakin kuat sekarang selepas mengharamkan Mobile Legends. Game ini berjaya kekal popularitinya dan berada di kedudukan #48 di Google Play Store sejak April 2020. Sebelum diharamkan, Mobile Legends berkembang pesat di industri gaming India dengan pelbagai acara kejohanan tempatan dan komuniti yang semakin meluas. Malangnya, rancangan komuniti ML di India harus sabar menunggu sehingga kerajaan memutuskan tindakan seterusnya.

Tags: BanchinaIndiaMobile LegendsTik Tok
Previous Post

Berikan Rose, dapatkan Heart, semua ini untuk memberi Influencer kegemaran anda menjadi PASUKAN PUBGM ULTIMATE!

Next Post

KANAWA NO KAGE RUI manga shonen terbaru diselia oleh Yasuo Ohtagaki Mobile Suit Gundam Thunderbolt’s!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Next Post
KANAWA NO KAGE RUI manga shonen terbaru diselia oleh Yasuo Ohtagaki Mobile Suit Gundam Thunderbolt’s!

KANAWA NO KAGE RUI manga shonen terbaru diselia oleh Yasuo Ohtagaki Mobile Suit Gundam Thunderbolt's!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd