Baru saja berakhir dengan pengumuman treler terbaru di E3 2019 minggu lalu, Minecraft yang dibagunkan Xbox Game Studio turut mengumumkan apa yang akan hadir di Minecraft Dungeons terbaru ini. Dijangkakan akan hadir tahun hadapan, Minecraft Dungeons yang membawa konsep permainan APRG (action/adventure role playing) dikatakan akan memberi keseronokan yang sangat terhibur!
Jom kita lihat treler terbaru yang dikongsikan minggu lalu;
Pengarah permainan Minecraft Dungeon’s Måns Olson yang menjayakan Minecraft terbaru ini bersama pasukannya sejak beberapa tahun, kini Måns berkongsi mengenai Gameplay Reveal Trailer serta beberapa butiran eksklusif di sepanjang Minecraft Dungeons!
Jadi apa yang ada dalam butiran-butiran ini?
Redstone Monstrosity

Redstone Monstrosity muncul seketika pada awal treler nampaknya seperti golem tiga mata yang dibuat dari batu dan tompok merah. Mengikut perjalanan awal melalui Jalan Fiery Forge, yang merupakan rumah Redstone Monstrosity dan dari situ kemudian akan beralih ke tahap yang dipanggil Desert Temple.

Di Desert Temple nampaknya kita dapat melihat kumpulan baru yang hadir iaitu Skeleton Vanguard! Mereka kelihatan memegang perisai serta senjata berbentuk spade. Mereka berkhidmat kepada The Nameless One.

Watak Pemain
Empat watak diberi pilihan kepada pemain yang mempunyai skin berbeza tetapi statistik dan kemahiran kesemua watak adalah sama. Kawal watak menggunakan tetikus, papan kekunci atau pun pad permainan! Selain menyerang musuh, pemain turut akan terjumpa Hidden Crypt. Apa yang didapati di situ tersangatlah berguna seperti perisai dan tukul gergasi. Pemain boleh memilih barangan-barangan ini di inventori untuk digunakan dalam perjalanan perlawanan mereka.
Pemain juga dapat melihat dapat melihat level, mata pencapaian dan emeralds. Emeralds adalah mata wang dalam permainan untuk membeli barangan dari pedagang dalam permainan. Jadi dalam inventori lah pemain dapat melengkapkan senjata, perisai dan artifak yang kuat, serta naik tahap gear kita.

Key Golem

Kunci yang comel ni menjadi karektar yang menarik perhatian ramai peminat Minecraft. Key Golem dapat membantu pemain untuk membuka pintu-pintu yang terkunci. Tapi hati-hati, kunci comel ni akan cuba melarikan diri setiap kali pemain mendekatinya. Jadi pemain haruslah menyerangnya sedikit-sedikit untuk memilikinya.
Tidak terlupa, pemain juga boleh menyeru rakan serigala dan Iron Golem yang merupakan pets/sahabat bagi membantu dan meneman pemain dalam perlawanan.

Sampai disini perkongsian yang dikongsikan. Jangan lupa untuk terus dapatkan info terbaru mengenai Minecraft Dungeons. Minecraft Dungeons akan hadir di platform PC, Xbox One, Playstation 4 dan Nintendo Switch.
Sumber: Minecraft
@gamersantaimy
Discussion about this post