Capcom telah mengumumkan koleksi game baru iaitu Mega Man Battle Network Legacy Collection yang mempunyai 10 tajuk game Mega Man. Koleksi ini boleh diprapesan sekarang dan akan tersedia untuk PS4, Nintendo Switch dan PC pada 14 April 2023.
Anda boleh tonton trailer di bawah:
Mega Man Battle Network berlaku dalam dunia Net Society di mana ia bergantung pada program komputer yang dikenali sebagai Network Navigators tau singkatannya NetNavi untuk menguruskan segala benda daripada pembakar roti hingga ke grid kuasa bandar. Walaupun zaman rangkaian berjaya memberi kemudahan yang banyak, ia juga telah membawa gelombang jenayah siber yang merosakkan dunia.
Dalam game ini, anda akan bermain sebagai Lan Hikari dengan menggunakan Terminal PErsonal (PET) bersama NetNavinya, MegaMan.EXE untuk berhadapan dengan penjenayah siber. Pemain akan mengawal MegaMan sambil meneroka dunia rangkaian, berlawan berasaskan grid dan menggunakan Battle Chips untuk mendapatkan kebolehan luar biasa demi memadamkan virus jahat.
Berikut adalah ciri-ciri utama Mega Man Battle Network Legacy Collection:
- 10.EXEllent game – Tersedia sebagai satu koleksi atau dibahagikan kepada dua jilid yang berasingan secara digital, senarai penuh tajuk dalam Mega Man Battle Network Legacy Collection termasuk:
- Mega Man Battle Network
- Mega Man Battle Network 2
- Mega Man Battle Network 3 White
- Mega Man Battle Network 3 Blue
- Mega Man Battle Network 4 Red Sun
- Mega Man Battle Network 4 Blue Moon
- Mega Man Battle Network 5 Team Protoman
- Mega Man Battle Network 5 Team Colonel
- Mega Man Battle Network 6 Cybeast Gregar
- Mega Man Battle Network 6 Cybeast Falzar
- Rocking Tunes
- Bermain dan mendengar lagu melalui Music Player yang mengandungi sebab 180 trek lagu dalam kesemua 10 tajuk.
- Roll Through the Gallery
- Network Navigators akan mendapat akses kepada lebih 1000 karya konsep seni lakaran watak dan ilustrasi rasmi dalam koleksi Gallery.
- Bahagin “Mystery Data” mengandungi ilustrasi eksklusif daripada peristiwa lampau dan gambar berlesen dari era Mega Man.
- Penapis visual
- Pilihan kepada penapis resolusi membolehkan pemain menikmati visual yang lebih cantik dan kurang pixel. Anda boleh mematikan atau menghidupkan penapis pada bila-bila masa jika anda lebih suka menikmati visual asal game Battle Network.
- Kumpul dan tukar bersama rakan
- NetBattlers yang sedang memburu Battle Chips dan gaya MegaMan.EXE tertentu boleh mengumpul dan bertukar dengan NetBattlers lain di seluruh dunia.
- Hadapi semua pencabar
- Pemain boleh mengambil bahagian dalam Private Battles secara online, Casual Battles dan Ranked Matches. Anda juga boleh memilih pelbagai set peraturan yang berbeza seperti Real Thing Battles serta Triple Battles dan Version Battle daripada Mega Man Battle Network 3 dan 4.
Bonus Prapesan
Jika anda membuat prapesan sekarang, anda akan layak untuk mendapat kandungan bonus sepert berikut:
- Dua skin khas
- Anda boleh menukarkan penampilan MegaMan di PET Screen kepada Hub Style untuk Vol. 1 manakala Dark Megaman untuk Vol. 2.
- Empat trek muzik yang telah disusun
- Empat trek muzik ini akan dibahagikan kepada dua iaitu dua trek muzik di Vol. 1 dan dua trek muzik di Vol. 2.
Sekali lagi saya ingatkan, Mega Man Battle Network Legacy Collection akan tersedia untuk PS4, Nintendo Switch dan PC melalui Steam pada 14 April 2023 dan anda boleh membuat prapesan untuk mendapatkan kandungan bonus sekarang.
Untuk banyak lagi liputan tentang game, anime dan sebagainya, ikuti Gamer Santai.
@gamersantaimy
Discussion about this post