Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Microsoft Bakal Lancar Xbox Mobile Store Pada Julai 2024!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 10, 2024
in Artikel, Berita, Mobile, Xbox
0 0
0
Microsoft Bakal Lancar Xbox Mobile Store Pada Julai 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Microsoft mendedahkan bahawa mereka akan melancarkan Xbox Mobile Store yang telah lama ditunggu-tunggu pada bulan Julai tahun ini.

Berita ini diumumkan oleh Sarah Bond, Presiden Xbox yang baru dinaikkan pangkat, semasa temu bual di Bloomberg Technology Summit. Dia mengesahkan bahawa portfolio game first-party Xbox yang lengkap akan datang ke aplikasi tersebut, dan akan dikeluarkan sebagai laman web terlebih dahulu sebelum dilancarkan “di semua peranti, di semua negara, tidak kira macam mana pun.”

Daripada apa yang dikatakan oleh Sarah Bond, matlamat utama kedai permainan mudah alih Xbox adalah untuk menawarkan pengalaman yang benar-benar boleh diakses tanpa mengira lokasi atau platform.

“Kami akan bermula dengan membawa portfolio first-party kami sendiri ke Xbox Mobile Store, jadi anda akan melihat game seperti Candy Crush dipaparkan dalam pengalaman itu, game seperti Minecraft. Kami akan bermula di web, dan kami melakukan itu kerana ia benar-benar membolehkan kami menjadikannya pengalaman yang boleh diakses merentas semua peranti, semua negara, tidak kira apa dan bebas daripada polisi kedai ekosistem tertutup.”

Berikut ialah video pendek di mana Bond membincangkan tentang topik ini bersama Bloomberg:

Sarah Bond, @Microsoft’s Xbox president, announced at #BloombergTech that the company will launch its own mobile game store in July, creating an alternative to Apple and Google’s app stores pic.twitter.com/hj6eLtsGfl

— Bloomberg Live (@BloombergLive) May 9, 2024

Walaupun Xbox Mobile Store akan debut dengan game first-party, ia akan berkembang pada masa depan untuk memasukkan produk daripada rakan kongsi.

Ini adalah matlamat yang agak tinggi, di mana Bond menjelaskan bahawa Microsoft cuba mengatasi daripada sekadar mencipta aplikasi berasaskan game, dan sebaliknya mahu memastikan bahawa ‘perpustakaan anda, identiti anda, ganjaran anda datang bersama anda.’

Konsep ini telah lama dibangunkan di Microsoft selama lebih dua tahun, dan agak seronok untuk melihat rancangan ini akhirnya menjadi kenyataan. Saya tahu majoriti gamer masih tidak 100% yakin, tetapi kami akan mengetahui lebih lanjut sebelum keluaran rasmi aplikasi ini pada Julai 2024.

Tags: MicrosoftXbox Mobile Store
ShareTweetSend
Previous Post

Devolver Digital Lebih Memilih “Menjual Game Dahulu” Berbanding Masuk Di Game Pass

Next Post

Review nubia Neo 2 5G – Smartphone Gaming Bawah RM1000??

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Next Post
Review nubia Neo 2 5G – Smartphone Gaming Bawah RM1000??

Review nubia Neo 2 5G - Smartphone Gaming Bawah RM1000??

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd