Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Metaphor: ReFantazio – Info Lanjut Lokasi & Gauntlet Runner!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 10, 2024
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Metaphor: ReFantazio – Info Lanjut Lokasi & Gauntlet Runner!
Share on FacebookShare on Twitter

Akan dilancarkan pada 11 Oktober 2024, SEGA telah mendedahkan maklumat lanjut tentang beberapa lokasi dan ciri terkini tentang Metaphor: ReFantazio termasuk kenderaan Gauntlet Runner. Berikut adalah infonya:

Gauntlet Runner

Hutan belantara antara bandar bukanlah tempat untuk bersiar-siar secara santai—ia adalah zon berbahaya yang dipenuhi dengan penyamun dan raksasa. Untuk meredah hutan belantara, anda memerlukan kenderaan berkuasa ajaib yang dikenali sebagai Gauntlet Runner. Anggap ia sebagai pangkalan mudah alih besar untuk anda memerintah.

Semasa dalam perjalanan ke destinasi seterusnya, jadikan Gauntlet Runner seperti di rumah. Jangan segan untuk memasak, membaca, berbual dengan rakan sekutu, atau tidur sebentar! Gauntlet Runner mempunyai war room, dapur, ruang istirahat dan lebih banyak kemudahan untuk dinikmati.

Singgah Pelbagai Destinasi Sepanjang Perjalanan Anda

Bandar Istana Lama, Martira

Berbeza dengan kemegahan Royal Capital, Martira adalah sebuah bandar yang sederhana yang terkenal dengan hidangan berasaskan larva dan layanan mesra. Walaupun ia kelihatan seperti bandar yang tenang, penduduknya menyimpan rasa tidak senang dengan sandworm gergasi yang berkeliaran di padang pasir berhampiran. Dengan ancaman terhadap penduduk bandar Martira, anda dan rakan-rakan perlu bangkit dan membantu mereka.

Royal Capital Grand Trad

Peristiwa penting dalam cerita bermula di ibu kota diraja Kerajaan Euchronia, Gran Trad—kota sibuk yang didiami oleh pelbagai kaum. Namun, di bawah kemegahan diraja, terletak diskriminasi yang berleluasa, jurang kekayaan, dan ketidakadilan sosial. Hukuman mati berlaku di lorong belakangnya dan gelandangan dibiarkan mencangkung di jalanan. Bandar di ambang huru-hara, bersedia untuk jatuh pada bila-bila masa.

Recruitment Center dan Bounty

Di Recruitment Center, terima permintaan untuk menghapuskan raksasa yang mengancam penduduk bandar. Anda akan dapat memperoleh wang dan barangan berharga! Walau bagaimanapun, berhati-hati: beberapa permintaan mungkin membawa anda ke dalam situasi berbahaya!

Tavern dan Informant

Semasa setiap perhentian, anda dan rakan sekutu boleh menjamu selera di tavern tempatan. Di sana, informant mungkin ingin menjual maklumat berharga tentang barangan khusus di kedai atau penampakan raksasa tertentu. Sesetengah mungkin dijual pada harga yang tinggi, tetapi boleh memberikan nasihat yang berguna tentang musuh yang dan bagaimana untuk melengkapkan parti dengan secukupnya untuk dungeon!

Kedai Weapon dan Armor

Pastikan anda singgah di kedai weapon dan armor. Anda akan dapat mengutip peralatan tambahan, di samping senjata dan perisai di dungeon. Kedai-kedai ini juga boleh menilai barang yang anda temui di dungeon!

Inn

Inn menawarkan rehat daripada perjalanan anda. Anda boleh merehatkan badan yang letih, merancang langkah seterusnya dalam perjalanan dan meneruskan ke hari berikutnya.

Manfaatkan Peta Bandar

Lihat tempat yang telah anda lawati dan semak lokasi semasa dengan peta bandar. Serta merta pergi ke lokasi dalam bandar yang sama hanya dengan memilihnya daripada peta!


Metaphor: ReFantazio akan dilancarkan pada 11 Oktober 2024 untuk Xbox Series X|S, Windows, PlayStation 4, PlayStation 5 dan Steam!

Tags: Metaphor: ReFantazio
ShareTweetSend
Previous Post

Review nubia Neo 2 5G – Smartphone Gaming Bawah RM1000??

Next Post

Ghost of Tsushima & Helldivers 2 Masih “Delisted” Di Steam Untuk Negara Tanpa PSN

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Ghost of Tsushima & Helldivers 2 Masih “Delisted” Di Steam Untuk Negara Tanpa PSN

Ghost of Tsushima & Helldivers 2 Masih "Delisted" Di Steam Untuk Negara Tanpa PSN

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd