Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater “FOX HUNT” Tersedia Sekarang – Mod Online Multiplayer Alam Metal Gear!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 31, 2025
in Action, Artikel, Berita, Multiplayer, PC, PS5, Stealth, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater “FOX HUNT” Tersedia Sekarang – Mod Online Multiplayer Alam Metal Gear!
Share on FacebookShare on Twitter

KONAMI telah melancarkan “FOX HUNT,” sebuah mod multiplayer dalam talian serba baharu untuk METAL GEAR SOLID Δ: SNAKE EATER.

Mod ini boleh didapati sebagai satu kemas kini percuma selepas pelancaran untuk semua pemain di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan Steam, membawa para ejen ke dalam hutan untuk permainan sembunyi taktikal penuh debaran.

“FOX HUNT” membawakan satu pengalaman multiplayer asimetri yang unik kepada siri ini, dengan mengubah kawasan hutan rimba daripada mod singleplayer menjadi medan perang sengit yang boleh disertai sehingga 12 orang pemain.

Para pemain akan memegang watak sebagai rekrut baharu dalam unit rahsia elit ‘FOX’ dan diamanahkan untuk menyelesaikan misi latihan ikhtiar hidup yang mencabar. Dalam misi ini, pemain perlu mengumpul senjata dan kelengkapan dari persekitaran sambil berusaha untuk menewaskan musuh dengan kebijaksanaan.

Mod ini boleh dimainkan terus dari menu utama sebaik sahaja kemas kini terbaharu selesai dipasang.

Ada dua jenis mod permainan yang ditawarkan dalam FOX HUNT, setiap satunya direka untuk mencabar kebolehan pemain dalam aspek penyamaran, perancangan strategi, dan daya tahan:

  • Survival Capture: Matlamat pemain adalah untuk bersaing mencari dan mengumpul katak Kerotan yang tersembunyi. Jumlah katak akan menyusut seiring dengan peredaran masa perlawanan, yang akan mengakibatkan pertempuran antara pemain menjadi lebih kerap dan sengit.
  • Survival Intrude: Ini merupakan sebuah misi rahsia yang memfokuskan kepada penguasaan zon atau kawasan. Para pemain dikehendaki menggunakan pendekatan senyap untuk mengawal zon-zon yang ditetapkan, di mana saiznya akan menjadi semakin kecil apabila permainan beralih ke fasa seterusnya. Oleh itu, pemilihan posisi dan kemahiran untuk mengelakkan diri daripada dikesan menjadi faktor penentu untuk mencapai kemenangan.

Bagi membantu pemain melaksanakan misi, setiap pemain akan dibekalkan dengan sut canggih “AT-CAMO”, yang memberikannya keupayaan untuk menukar corak samaran secara pantas bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling.

Di samping itu, ada juga kebolehan istimewa yang dipanggil “Naked Sense”. Fungsi kebolehan ini adalah untuk meningkatkan kepekaan pemain terhadap keadaan sekeliling, membolehkan mereka mengesan kedudukan musuh serta barangan yang berhampiran, seolah-olah memiliki deria tajam seperti Naked Snake.

Untuk maklumat lanjut tentang Metal Gear Solid Δ: Snake Eater “FOX HUNT”, layari SINI.

Tags: FOX HUNTMetal Gear Solid Δ: Snake Eater
ShareTweetSend
Previous Post

Dua Game Seram Popular Kini Percuma Di Epic Games Store Sempena Halloween!

Next Post

Unboxing Yu-Gi-Oh! The Chronicles Deck: The Fallen & The Virtuous – Kami Dapat ‘Triple Tactics Thrust’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius
Temuramah

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius

September 4, 2026
GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition
Berita

GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition

September 4, 2026
Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Next Post
Unboxing Yu-Gi-Oh! The Chronicles Deck: The Fallen & The Virtuous – Kami Dapat ‘Triple Tactics Thrust’

Unboxing Yu-Gi-Oh! The Chronicles Deck: The Fallen & The Virtuous - Kami Dapat 'Triple Tactics Thrust'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd