UPDATE: Pada beberapa hari lepas, sebuah laporan daripada Wololo.net telah mencetus panik di kalangan komuniti pemilik PS5 apabila mereka mendakwa bahawa menegakkan PS5 boleh menyebabkan kerosakan besar pada sistem dalaman. Walau bagaimanapun, ternyata ia tidak seteruk seperti yang kita sangka.
Kisahnya bermula begini – Laporan kata bahawa konsol PS5 yang “tidak dibuka, masih dalam kotak, dan dibiarkan dalam posisi menegak secara terlalu lama mungkin akan mengalami kerosakan” kerana titisan/bocoran cecair logam di bahagian tepi papan induk. Mereka turut mendakwa bahawa masalah ini boleh berlaku jika konsol digunakan dalam posisi menegak secara terlalu lama.
Sudah tentu, isu ini menimbulkan banyak kontroversi di kalangan komuniti dan ramai membuat kajian sendiri. Salah satunya adalah Spawn Wave Plus, seorang YouTuber yang pernah mempunyai kedai membaiki konsol selama bertahun-tahun sebelum memulakan kerjaya baru di YouTube.
Dalam sebuah video, Spawn Wave Plus tidak percaya ini akan menjadi masalah yang besar, disebabkan oleh beberapa perintang luas yang Sony letakkan di sekeliling kawasan cecair logam. Malah, dia turut kata bahawa cecair logam tidak sepatutnya akan meleleh begitu mengikut pemahamannya. Andai kata betul-betul berlaku, laporan tentang isu ini tidak banyak, dan memang terbukti ia masalah yang setiap orang akan hadapi.
Jadi apa pendapat anda?
Sumber – Twitter, Spawn Wave Plus
ARTIKEL ORIGINAL ADALAH SEPERTI BERIKUT:
Baru-baru ini, sebuah video di Youtube menasihatkan pemilik PS5 supaya tidak menegakkan konsol mereka kerana ini boleh menyebabkan kerosakan besar pada perkakasan sistem. Masalah ini dilaporkan berpunca oleh masalah reka bentuk berkaitan dengan sistem penyejukan untuk “Accelerated Processing Unit” di dalam PlayStation 5.
Seperti yang korang semua tahu, PlayStation 5 direka untuk berdiri secara menegak atau membaring, tetapi konsol itu sering ditunjukkan dalam posisi menegak dalam iklan dan imej promosi. Walau bagaimanapun, posisi ‘mendirikan PS5’ mungkin tidak bagus seperti yang kita sangkakan menurut laporan oleh wololo.net.
Ini disebabkan oleh masalah reka bentuk berkaitan dengan lapisan cecair logam (liquid metal) antara cip APU PlayStation 5 dan ‘heat sink’. Cecair logam mudah bocor apabila PlayStation 5 dibiarkan diri tegak untuk tempoh yang lama. Apabila pengguna memposisikan PS5 secara menegak, cecair logam mungkin akan menitis atau meleleh keluar.
Ini mengurangkan keupayaan konsol untuk menguruskan haba yang keluar dari APU, dan boleh merosakkan pemproses secara beransur-ansur. Cecair logam juga boleh menitis ke komponen sensitif lain, menyebabkan isu litar pintas. Malangnya, masalah ini wujud pada kedua-dua versi PS5 (versi pembaca cakera Blu-ray dan versi digital).
Masalah itu mula-mula ditemui oleh seorang pakai IT dan pembaiki konsol bernama “TheCod3r” di YouTube. Dia memuat naik video tentang masalah PS5 ini pada tiga bulan lalu, di mana juruteknik lain turut melihat masalah yang sama dengan konsol itu. Walaupun bukan semua PlayStation 5 akan mengalami isu ini, ia masih berisiko bagi setiap pengguna yang selalu meletakkan konsol mereka dalam keadaan menegak.
Mungkin anda boleh mula membaringkan PS5 supaya tiada kerosakan berlaku dan sebagai langkah berjaga-jaga.
Untuk membaca segala liputan kami tentang PlayStation 5, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post