Sejak Destiny 2 dilancarkan pada 2017, Bungie telah membuat pelbagai perubahan kepada sci-fi shooter ini. Pelancaran Shadowkeep menjadi titik perubahan besar dalam siri ini untuk beberapa sebab, termasuk New Light, model percuma untuk bermain yang memaparkan banyak aktiviti dan kandungan cerita. Walaupun menerima pelbagai perubahan dan kandungan baru, Shadowkeep berjaya merasa selesa dan segar pada masa yang sama.
Terdapat banyak perkara yang berlaku di Destiny 2 untuk pemain yang baru dan lama, jadi kami hanya akan fokus pada Shadowkeep. Cerita ini berkisarkan Eris Morn, bekas pemburu yang memainkan peranan yang penting dalam peristiwa The Taken King. Setelah diseru ke Bulan, anda dengan cepat menemukan ancaman baru di dalam The Scarlet Keep yang mengambil bentuk raksasa dari masa lalu. Kebanyakan misi kempen adalah sangat mendebarkan, dan menyampaikan misteri yang menarik dengan adegan-adegan menakjubkan dan pemandangan yang indah.
Kemajuan dalam permainan menjamin ganjaran besar selepas mencapai milestone tertentu, dan lebih teratur kerana Seasonal Artifact baru, yang menghubungkan ke tahap EXP anda untuk unlock mod dan power bonus kecil. Artifact Mod yang paling penting adalah Anti-Barrier, Unstoppable dan Overload.
Mekanik Finisher baru dapat membunuh musuh lemah serta-merta, dan Finisher dapat diubah suai untuk menyediakan pelbagai buff atau menghasilkan peluru dengan mengorbankan Super Meter. Sistem Finisher adalah cara yang bijak bagi menggalakkan pemain untuk menggunakan lebih banyak strategi dan sinergi dalam pertempuran.
Terdapat dua aktiviti utama baru di Bulan. Nightmare Hunts adalah pergaduhan bos kecil yang terikat dengan ganjaran daripada Eris Morn, dan bermain setiap minggu akan memberi pemain pelbagai hadiah. Vex Offensive lebih menarik dan melihat enam pasukan Guardian untuk membunuh segerombolan demi segerombolan Vex. Bounty juga sangat penting kerana XP dan sumber bahan yang rare, tetapi ia memaksa kamu untuk bermain dengan senjata dan kebolehan yang berbeza. XP juga menyumbang kepada Battle Pass baru yang mempunyai Engrams, sumber bahan penting, Armor dan hadiah lain-lain.
Raid baru, Garden of Salvation, adalah seperti yang anda sangkakan: gabungan pertempuran, puzzle, dan platform, yang disatukan dengan kerja berpasukan dan komunikasi. Ia adalah acara yang seronok untuk bermain dan antara yang paling bagus dalam senarai Raid Destiny.
Bagi mereka yang ingin melawan manusia, PvP kelihatannya berada dalam fasa yang masih berubah-ubah tetapi masih kekal sebagai komponen kritikal untuk grinding. Pilihan Quickplay dan Competitive telah digantikan dengan Classic Mix, Control, dan mode Rotating, manakala Solo dan 3v3 Survival adalah untuk mereka yang mencari aksi lebih kompetitif.
Shadowkeep meletakkan Destiny 2 dalam posisi yang cukup baik untuk memulakan tahun ketiganya. Misi baru yang sangat baik menubuhkan naratif yang menarik dan memajukannya. Seasonal Artifact baru menawarkan perjalanan yang lebih lancar ke puncak, sementara Finisher menambahkan lagi impak ke sistem pertempuran yang sudah sangat kemas. Expansion ini tidak menawarkan sejumlah besar kandungan baru, tetapi penambahbaikan itu patut diraikan. Destiny 2: Shadowkeep kini boleh didapati untuk PC, PlayStation dan Xbox One! Kalau berminat, korang boleh lawat laman rasmi mereka di sini.
@gamersantaimy
The Review
Destiny 2: Shadowkeep
Seasonal Artifact baru menawarkan perjalanan yang lebih lancar ke puncak, sementara Finisher menambahkan lagi impak ke sistem pertempuran yang sudah sangat kemas. Expansion ini tidak menawarkan sejumlah besar kandungan baru, tetapi penambahbaikan itu patut diraikan.
Discussion about this post