Sebelum ini kita ada Pump BMX yang hadir pada tahun 2012, kemudian Pump BMX 2 pada tahun 2014 dan yang terakhir Pump BMX 3 tahun 2016. Senyap untuk seketika, akhirnya pencipta permainan ini ‘Yeah Us!‘ dengan kerjasama ‘Noodlecak‘ mengumumkan projek terbaru mereka iaitu sebuah permainan untuk platform mudah alih yang dinamakan Trail Boss BMX!
Trail Boss merupakan permainan ekstrim berbasikal dimana pemain akan mengemudi set aksi lompatan yang semakin rumit, melepaskan aksi liar dan menyelesaikan misi serta cabaran yang hadir. Mengambil contoh dari gaya ekstrim pengayuh BMX yang asal, Trail Boss mempunyai ciri-ciri sama seperti membuat lompatan besar, ‘technical corners’ dan trik serta helah yang autentik dalam kelajuan kayuhan yang mendebarkan!
Mempunyai 40 level yang 3D penuh, 360 cabaran merentasi 4 persekitaran yang menarik dan penyesuaian basikal untuk memberi pemain keupayaan dan pengalaman terbaik dalam perjalanan mereka. Direka oleh pemain-pemain Ekstreme Games kini di mudah alih, Trail Boss mempunyai kawalan mudah dan intuitif yang sangat sesuai untuk telefon pintar.
Lihat ciri-ciri selebihnya disini;
Kayuh basikal BMX anda merempuhi tahap-tahap yang makin rumit sambil membuat kombo aksi BMX anda, ujian ketepatan dan juga kemahiran!
- LEVEL 3D Penuh! – Permainan 3D dilengkapi 40 level, lakukan aksi-aksi BMX anda ke garisan akhir dengan penuh kreativiti!
- CABARAN 360! – Dari cabaran trik/helah kepada cabaran mata, dari latihan sasaran hingga beraksi secara hebat di dunia luar! Pelbagai lagi cabaran yang akan membuat pemain tidak berhenti main!
- REKA KUSTOM BMX! – Kekalkan kecantikan BMX anda dan kustom cat nya!
- PENCAPAIAN DAN PENDAHULU – Bersaing dengan kawan-kawan dan musuh anda untuk merebut tempat teratas dan dapatkan semua pencapaian untuk memenangi mata tertinggi papan pendahulu!
Yang menariknya Trail Boss BMX adalah pembelian sekali sahaja untuk title primium. Tiada pas bulanan atau beban IAP perlu ditanggung, hanya ada basikal BMX anda dan trek-trek yang menggilakan!
TRAIL BOSS BMX akan datang ke platform Android dan dibuka untuk pra pembelian di iOS pada 27 Ogos ini, untuk maklumat selebihnya anda boleh layari laman web rasmi Trail Boss BMX.
Sumber: pinkbike
@gamersantaimy
Discussion about this post