[UPDATE]
Kami telah mendapat berita daripada sumber sahih bahawa tiada perancangan rasmi oleh Disney tentang pembukaan Disneyland di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, boleh klik pautan ini.
[Petikan artikan asal]
Selama ini kalau dengar orang pergi Disneyland mesti terus terfikir luar negara seperti Hong Kong atau Tokyo. Nampaknya selepas ini, kita di Malaysia juga akan berpeluang untuk ke Disneyland tanpa pergi ke luar negara.
Melalui laporan Melaka Hari Ini, sebuah taman tema Disneyland dan Disney City terbesar ASEAN bakal dibina dalam daerah Jasin, Melaka pada tahun 2027. Dikatakan bahawa projek taman tema tersebut akan menelan kos kira-kira RM 2 billion. Buat sementara ini, lokasinya masih belum didedahkan tetapi keluasan lokasi tersebut sekitar 150 sehingga 200 ekar. Sistem tren “MAGLEV” juga akan dibina untuk menghubungkan kawasan Hotspot pelancongan di negeri itu.
Untuk pengetahuan anda, ini akan menjadi Disneyland pertama di negara ASEAN selepas ia dibuka di China, Jepun, Korea dan Eropah. Mesti ramai yang tidak sabar untuk pergi ke taman tema ini apabila ia dibuka nanti.
Kepada anda yang tidak tahu mengenai taman tema Disneyland, ia merupakan sebuah taman tema popular yang menampilkan pelbagai tarikan menarik yang berpusat kepada IP Disney. Antaranya Mickey Mouse, Disney Princess, Marvel dan banyak lagi.
Jadi selepas ini, tidaklah anda pergi ke A’ Famosa sahaja setiap kali ke Melaka nanti apabila Disneyland dan Disney City ini dibuka nanti. Bolehlah bersuka ria dengan maskot serta watak animasi daripada Disney. Segala perkembangan tentang taman tema ini juga mungkin akan diberitahu kelak.
Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita menarik mengenai game, animasi, filem dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post