Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mechamato Movie Review — Perjumpaan Pertama Amato dan Mechabot Penuh Emosi! [Spoiler]

Maira by Maira
December 14, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Review
0 0
0
Mechamato Movie Review — Perjumpaan Pertama Amato dan Mechabot Penuh Emosi! [Spoiler]
Share on FacebookShare on Twitter

Demam Mechamato masih lagi panas! Kami pasti ramai antara anda telah menonton filem animasi tempatan tersebut. Inilah masanya untuk kami berikan review kami pula untuk Mechamato Movie. Terdapat spoiler yang kami akan letak dalam review ini. Tetapi kami akan gunakan bar untuk pembaca yang tidak mahu spoiler. Jadi tanpa membuang masa, inilah review kami untuk Mechamato Movie!

Seperti yang dinyatakan oleh Animonsta sebelum ini, Mechamato Movie membawa anda melihat pertemuan pertama antara Amato dan Mechabot. Kita telah lihat sekilas pandang tentangnya melalui siri tetapi ia sebenarnya lebih huru-hara. Semuanya bermula dengan serangan oleh General Grakakus yang kini dalam usaha untuk mengumpul kesemua power sphera. Dia hanya perlukan Mechabot yang dipenjarakan bersama-sama robot jahat lain dalam sebuah kapal angkasa gergasi yang susah untuk dijejaki. Grakakus yang menjumpai kapal angkasa tersebut mulakan serangan yang akhirnya membuatkan kapal tersebut terhempas ke Bumi.

Amato yang baru pulang daripada rumah kawannya, Pian terkejut apabila melihat objek besar yang jatuh berdekatannya. Waktu inilah Amato berjumpa dengan robot-robot jahat yang melarikan diri dan juga Mechabot. Terjawab jugalah persoalan mengapa robot-robot jahat berkeliaran di Kota Hilir.

Selain daripada itu, kita juga akhirnya mengenali identiti sebenar Maskmana. Watak hero misteri ini telah mengambil hati ramai penonton sejak penampilannya dalam filem BoBoiBoy 2. Sejak itu, pelbagai teori yang dikeluarkan oleh peminat mengenai identiti sebenar Maskmana. Ternyata semua tanggapan peminat salah. Ini antara plot twist yang diperkatakan oleh ramai penonton filem. Kalau anda tidak kisah dengan spoiler tersebut, boleh klik bar di bawah.

AMARAN! ADA SPOILER MECHAMATO MOVIE!!
Identiti Maskmana sebenarnya yang diwakili oleh tiga watak yang muncul dalam filem iaitu: Andy (datuk bandar Kota Hilir), Tok Sah (guru silat Amato) dan Encik Aman (bapa Pian). Mereka ini akan bergilir-gilir memakai sut Maskmana dalam melawan segala entiti jahat di bandar itu. Kalau anda ingin tahu, Maskmana itu sendiri merupakan sebuah AI yang akan mempelajari perkara seperti serangan dan taktikal dalam menentang kejahatan. Dengan ini, pemakainya mampu menggunakan semua kemahiran yang telah diajar kepada AI tersebut. Jadi tidak peliklah mengapa Maskmana pandai bersilat kerana Tok Sah sendiri menggunakan sut tersebut.

Antara benda yang paling kami suka dalam filem ini ialah cara filem ini memperkenalkan budaya Malaysia. Kota Hilir dalam filem ini diinspirasikan oleh Kota Melaka dan Bandar Hilir. Sekali tengok anda boleh menjumpai Sungai Melaka, A Famosa, Dutch Square dan Muzium Maritim Melaka. Bukan setakat itu sahaja, beca dalam filem ini juga tampil dengan penuh gaya. Paling menarik sekali, reka bentuk mechanize antara Mechabot dan beca memang “cool” habis.

Bangunan Destar Corp yang ditayangkan dalam filem sebenarnya diinspirasikan daripada reka bentuk tengkolok yang juga dikenali sebagai Dendam Tak Sudah. Dalam bangunan ini, ada beberapa rekaan hebat kapal yang menggunakan wau dan congkak sebagai rujukan. Tidak dilupakan juga kuih karipap yang menjadi kegemaran Amato dan Mechabot. Kami tabik sungguh dengan usaha Animonsta yang memperkenalkan keindahan budaya di Malaysia kepada penonton dalam dan luar negara. Dengan tayangan Mechamato Movie di luar negara pada 2023, pasti lebih ramai yang akan tertarik untuk mengunjungi dan mengenali Malaysia.

Jika nak dibandingkan dengan filem BoBoiBoy, Mechamato Movie masih mempunyai jenaka yang memang tidak kering gusi. Walaupun begitu, penceritaannya lebih matang dan sememangnya akan menarik penonton yang lebih dewasa. Anda boleh rasa kesengitan hebat semasa Mechamato dan Maskmana bertarung General Grakakus. Pertarungannya juga agak “fast paced”, jadi anda memang tidak akan bosan malah menjadi kagum dengan kualiti adegan tersebut. Jadi memang tidak pelik mengapa ramai penonton dewasa “enjoy” menonton filem ini.

Satu lagi yang kami mahu puji ialah reka bentuk watak dalam Mechamato Movie. Kalau anda jenis minat design seperti mecha, memang anda akan jumpa banyak dalam filem ini. Lebih-lebih lagi untuk watak Mechamato, Maskmana dan General Grakakus. Memang sesuai sangat kalau dijadikan kit model plastik atau figura sebagai koleksi. Gajet mechanize terbaru dalam filem juga boleh tahan hebat. Untuk yang sudah menonton sirinya, pasti mengenali beberapa gajet mechanize yang ditunjukkan.

Akhir kata, Mechamato Movie membawa satu penceritaan yang lebih matang berbanding filem terdahulu oleh Animonsta. Anda akan ketawa, sedih, gembira dan pelbagai lagi perasaan lain semasa menontonnya. Peminat Animonsta juga diberikan sedikit kejutan semasa “mid credit” filem tersebut. Tidak sabar untuk melihat bagaimana Spheraverse akan dikembangkan lagi selepas ini. Apa pun, Mechamato Movie membuktikan bahawa animasi tempatan juga sudah setanding dengan animasi luar negara.

Kalau anda belum menonton siri Mechamato, ianya tersedia di pelbagai platform penstriman dan juga saluran TV. Antaranya ialah Netflix, HBO GO, Astro Prima, TV9 dan TV3. Di saluran youtube rasmi Monsta juga tersedia secara percuma untuk ditonton, dengan episod baru ditayangkan setiap minggu. Kalau anda menontonnya di Netflix, terdapat alih suara bahasa lain seperti Inggeris, Mandarin, Jepun, Korea dan Thai. Musim kedua juga telah tersedia melalui Cartoon Network Asia.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Mechamato daripada kami, sila klik pautan ini.

The Review

Mechamato Movie

10 Score

Filem animasi tempatan terbaru daripada Animonsta. Sebuah karya yang setanding dengan animasi luar negara. Mempunyai sebuah penceritaan yang lebih matang dan memperkenalkan budaya Malaysia kepada penonton.

Review Breakdown

  • Pakat ramai-ramai tengok Mechamato. Korang akan enjoy punyalah!! 0
Tags: MechamatoMechamato Movie
Previous Post

Shin Kamen Rider Dapat Manga Spin-off, Akan Lihat Perspektif SHOCKER!

Next Post

Mega Man Battle Network Legacy Collection tersedia di PS4, Switch & PC pada 14 April 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna
Review

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB
PC

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB

July 3, 2026
Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID
Berita

Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID

July 3, 2026
Next Post
Mega Man Battle Network Legacy Collection tersedia di PS4, Switch & PC pada 14 April 2023!

Mega Man Battle Network Legacy Collection tersedia di PS4, Switch & PC pada 14 April 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd