Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 3, 2026
in Artikel, Berita, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB
Share on FacebookShare on Twitter

Game shooter sci-fi sinematik akan datang, Cinder City, baru-baru ini menjadi bualan atas sebab yang agak pelik. Sebaik sahaja penerbit NC dan pembangun Big Fire Games melancarkan laman Steam game tersebut, spesifikasi yang dicadangkan memaparkan keperluan RAM yang amat mengejutkan iaitu sebanyak 64GB.

Spesifikasi lama

Namun pada 3 Julai, senarai spesifikasi telah dikemas kini tanpa sebarang pengumuman rasmi. Keperluan RAM yang dicadangkan dikurangkan daripada 64GB kepada 32GB. Pada masa yang sama, pihak pembangun turut menaik taraf kad grafik (GPU) yang dicadangkan daripada NVIDIA GeForce RTX 4060 kepada RTX 4070.

Spesifikasi baharu

Langkah ini menjadikan cadangan spesifikasi lebih munasabah dan selari dengan standard PC semasa. Sebagai perbandingan, memori 64GB adalah lebih besar daripada gabungan RAM konsol PlayStation 5, Xbox Series X, PS5 Pro, dan Nintendo Switch 2 sekali gus. Selain itu, kos menaik taraf RAM juga bukanlah murah; kit memori DDR5 masih agak mahal, manakala hardware survey Steam menunjukkan hanya sekitar 4% pemain sahaja yang memiliki RAM sebanyak itu.

Walaupun RAM yang dicadangkan diturunkan, keperluan RAM minimum kekal pada 32GB… yang masih dianggap tinggi bagi kebanyakan pemain. Menurut data Steam, konfigurasi RAM 16GB adalah pilihan paling popular dengan merangkumi sekitar 41% daripada keseluruhan pemain PC aktif.

Setakat ini, NC dan Big Fire Games belum mengulas sama ada angka 64GB sebelum ini merupakan keperluan teknikal sebenar atau sekadar placeholder yang diterbitkan secara tidak sengaja.

Apa itu Cinder City?

Di sebalik isu perkakasan ini, Cinder City ialah sebuah projek yang cukup bercita-cita tinggi. Game third-person shooter ini berlatarkan bandar Seoul, Korea Selatan versi distopia. Jalan ceritanya bergerak dalam garis masa alternatif yang dicetuskan oleh satu peristiwa besar yang mengubah sejarah abad ke-21.

Dalam dunia ini, Seoul telah lumpuh akibat ancaman makhluk mutasi dan kumpulan jenayah yang berleluasa. Pemain akan mengawal watak Seven, seorang tentera super daripada unit elit bernama Cinder Knights. Kisah bermula dengan misi peribadi Seven di daerah Samseong-dong untuk menyelamatkan anak perempuannya, Zoe, sebelum dia akhirnya terheret ke dalam konflik lebih besar yang bakal menentukan masa depan umat manusia.

Pihak pembangun membina Cinder City berasaskan tiga komponen utama: kempen cerita yang sinematik, open world yang luas untuk diteroka, serta combat multiplayer PvE berskala besar. Pemain boleh membentuk pasukan untuk misi co-op PvE bagi menghadapi medan perang yang sentiasa berubah-ubah.

Buat masa ini, laman Steam game tersebut hanya memaparkan status “Coming soon”. Walaupun tiada tarikh rasmi diumumkan, rancangan daripada NC pada awal Jun menunjukkan bahawa mereka masih sasar untuk melancarkan Cinder City pada penghujung tahun ini.

Tags: Cinder City
ShareTweetSend
Previous Post

Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID

Next Post

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun
Berita

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

August 18, 2026
Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation
Berita

Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation

August 18, 2026
Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental
Berita

Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental

August 18, 2026
Next Post
Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna

Reviu Witchspire (Early Access) - Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd