Cygames telah berkongsi maklumat baharu tentang ganjaran ‘cross-promotional link‘ serta sambutan sebelum pelancaran bagi expansion RPG aksi Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok. Bakal dilancarkan pada 9 Julai 2026, expansion ini akan tersedia untuk Nintendo Switch 2, PlayStation 5, PlayStation 4, dan PC melalui Steam.
Pemain yang memautkan game mereka ke Cygames ID atau memiliki save file daripada game lain dalam francais ini berpeluang menebus pelbagai ganjaran menarik dalam game.
Bonus Apabila Link Cygames ID
Dengan hanya memautkan game Granblue Fantasy: Relink atau Endless Ragnarok ke akaun Cygames ID secara percuma, anda akan menerima ganjaran berikut:
- Damascus Ingot (x1) dalam Endless Ragnarok.
Panduan lengkap untuk memautkan akaun boleh didapati di halaman ganjaran rasmi Cygames ID.
Bonus Link Granblue Fantasy (Mobile/Steam)
Bagi pemain yang memautkan kedua-dua game Endless Ragnarok dan broswer/mobile alih Granblue Fantasy ke akaun Cygames ID yang sama, ganjaran boleh ditebus dalam kedua-dua game tersebut:
- Dalam Endless Ragnarok: Anda akan mendapat Damascus Ingot (x1) dan Silver Centrum (x10). Tebus ganjaran ini apabila berjumpa Sierokarte di Knickknack Shack dan memilih menu “Claim DLC and Bonuses”.
- Dalam Granblue Fantasy: Anda akan menerima “Endless Ragnarok Bonus Draw Ticket” serta “The Supreme Conqueror”, iaitu summon SSR daripada siri Providence. Ganjaran ini boleh ditebus melalui halaman ganjaran rasmi Cygames ID.
Bonus Granblue Fantasy Versus: Rising
Pemain yang mempunyai save data untuk kedua-dua Endless Ragnarok dan fighting game Granblue Fantasy Versus: Rising pada platform yang sama layak menerima bonus cross-game. Tawaran ini sah untuk pengguna PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch 2, dan Steam.
Menurut Cygames, ganjaran ini juga boleh ditebus oleh pemain Nintendo Switch 2 sebaik sahaja versi Switch 2 bagi Versus: Rising dilancarkan secara rasmi. Butiran lanjut mengenai ganjaran ini akan diumumkan nanti.
Siaran Langsung Sebelum Pelancaran
Sehari sebelum pelancaran, iaitu pada 8 Julai jam 7:00 malam, Cygames akan menganjurkan siaran langsung menerusi akaun YouTube dan X (Twitter) rasmi game ini.
Dalam siaran ini, pasukan pembangun akan berkongsi gambaran tentang game ini, membincangkan launch patch note, serta mendedahkan beberapa kejutan yang belum pernah diumumkan. Siaran langsung ini dalam bahasa Jepun, namun sarikata terjemahan akan disediakan pada video arkib kemudian hari.
Acara Komuniti dan Media Sampingan
Untuk menyemarakkan lagi pelancaran, Cygames turut menganjurkan beberapa aktiviti komuniti bagi mengenalkan pemain dengan dunia Granblue:
- Release Countdown Giveaway: Berlangsung dari sekarang sehingga 8 Julai jam 10:59 malam, anda boleh menyertai peraduan ini di akaun X rasmi (@relink_official). Cuma perlu follow akaun tersebut dan quote-repost beserta hashtag yang ditetapkan. Sepuluh pemenang bertuah akan membawa pulang kad hadiah GoGift.
- Tonton Percuma Granblue Fantasy: The Animation: Bagi membantu pemain baharu mengenali dunia dan jalan cerita Sky Realm, episod 1 hingga 7 siri anime ini boleh ditonton secara percuma di YouTube sehingga 31 Julai 2026.
- Baca Percuma Manga Granblue Fantasy: Jilid 1 (Bab 1–5) bagi terjemahan manga rasmi kini boleh dibaca secara digital secara percuma di laman web Kodansha US sehingga 31 Julai 2026.








Discussion about this post