Berada di Gamescom 2019, dan kini Bandai Namco Entertainment Asia membuat pengumuman keluaran trailer terbaru rasmi ONE PIECE: PIRATE WARRIORS 4 yang akan datang tahun 2020 di platform PlayStation 4, XBox One, Nintendo Switch dan PC via Steam!
Jom saksikan treler terbaru disini;
Didalam treler terbaru ini kita dapat melihat seperti Sanji berpaling tadah dengan Luffy! Kemudian ada acara perkhawinan Sanji dan Pudding juga beberapa aksi di seluruh Pulau Kek! Apa sebenarnya yang telah terjadi ini?Tambahan pula, nikmati tindakan yang menggembirakan dalam siri PIRATE WARRIORS dengan unsur-unsur baru yang menakjubkan seperti Tindakan Merosakkan “Destructive Action” apabila bangunan atau medan dimusnahkan dan Tindakan Pahlawan Udara “Aerial Warrior Action” melalui serangan lancar kombo di udara dan tanah! Paling menarik jangan lepaskan peluang untuk menewaskan ahli Four Emperors iaitu Big Mama! Adegan aksi watak-watak yang boleh dimainkan baru seperti Germa 66 juga akan diperkenalkan buat kali pertama.
Jadi anda semua bersedia untuk berlawan sebagai Luffy dan rakan-rakan Straw Hat Pirates nya tahun hadapan? Jangan lupa untuk ikuti kemaskini permainan ONE PIECE: PIRATE WARRIORS 4 di laman web rasmi Bandai Namco Entertainment, Facebook dan Twitter!
ONE PIECE: PIRATE WARRIORS 4 akan hadir di platform PlayStation 4, XBox One, Nintendo Switch dan Digital PC bersama sarikata bahasa Inggeris dan suara Jepun untuk Asia Tenggara (Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia).
@gamersantaimy
Discussion about this post