Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel Rivals Season 1 Tambah Fantastic Four – Segala Info Anda Perlu Tahu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 7, 2025
in Artikel, Berita, Shooter
0 0
0
Marvel Rivals Season 1 Tambah Fantastic Four – Segala Info Anda Perlu Tahu!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, NetEase Games telah mendedahkan pelbagai maklumat baharu untuk Marvel Rivals Season 1, yang akan dilancarkan pada 10 Januari 2025. Musim ini akan berlangsung selama tiga bulan, bertemakan “Eternal Night Falls,” dan memperkenalkan pelbagai kandungan baharu, termasuk watak, peta, mod, dan peningkatan gameplay.

Kisah musim ini berpusat di sekitar krisis supernatural di New York, di mana bandar diliputi kegelapan abadi akibat rancangan jahat Dracula. Dengan mengganggu orbit bulan, penjahat ini membebaskan makhluk vampire. Wira seperti Fantastic Four melangkah untuk memulihkan keseimbangan, sementara Doctor Strange terperangkap di dalam Entangled Astral Plane, dan halaman Darkhold bertaburan di seluruh dimensi.

Watak baharu: Fantastic Four Sertai Barisan Wira

Kredit: NetEase Games

Marvel Rivals Season 1 memperkenalkan semua empat anggota Fantastic Four, di mana kemunculan mereka dijadualkan sepanjang musim:

  • Reed Richards (Mister Fantastic) dan Sue Storm (Invisible Woman) hadir di awal musim.
  • Johnny Storm (Human Torch) dan Ben Grimm (The Thing) akan tiba pertengahan musim.

Setiap wira membawa kebolehan unik ke medan pertempuran:

  • Mister Fantastic dan Human Torch adalah Duelists, pakar dalam serangan berintensiti tinggi.
  • Invisible Woman berperanan sebagai Strategist, cemerlang dalam sokongan dan kawalan medan perang.
  • The Thing adalah seorang Vanguard, direka untuk menyerap serangan musuh dan melindungi rakan sepasukan.

Peta dan Game Mode Baharu

Kredit: NetEase Games

Pemain dapat menikmati pertempuran dalam dua persekitaran bertema serba unik:

  • Sanctum Sanctorum: Peta gaya arked yang pantas dan menarik.
  • Empire of Eternal Night – Midtown: Peta gaya konvoi yang berlatar belakang New York yang dipenuhi pontianak.
  • Empire of Eternal Night – Central Park: Lokasi seram lain dalam naratif yang sama, dengan mod yang belum didedahkan.

Selain itu, Season 1 memperkenalkan Doom Match, mod arked free-for-all kacau-bilau, bertempat di dalam Sanctum Sanctorum.

Acara Bermusim dan Battle Pass

Kredit: NetEase Games

Midnight Features, acara bermusim, menawarkan peluang untuk membuka ganjaran masa terhad, termasuk galeri eksklusif, kostum, spray, dan nameplate. Battle Pass Eternal Night Fall pula berharga 990 Lattice dan menawarkan nilai yang besar dengan lebih dua kali ganda kandungan berbanding pas Season 0. Sorotan termasuk:

  • 10 Kostum Baharu
  • Emote, spray, dan koleksi lain berkaitan dengan tema musim ini.

Pelarasan Keseimbangan Wira

Untuk memastikan pengalaman yang adil dan menarik, NetEase Games melaksanakan pelarasan kepada beberapa wira:

  • Nerf:
    • Hela dan Hawkeye menerima pengurangan kuasa untuk keseimbangan.
  • Buff:
    • Storm, Wolverine, dan Cloak & Dagger menerima peningkatan ketara.
    • Captain America dan Venom mendapat penambahbaikan pergerakan, terutamanya untuk pemain Vanguard yang berfokus kepada mobiliti.
Kredit: NetEase Games

Jika berminat, Marvel Rivals kini tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (Steam, Epic Games Store).

ShareTweetSend
Previous Post

Siri The Last of Us Season 2 Kunci Tarikh Tayangan Pada April 2025!

Next Post

Acer Mengembangkan Portfolio Mobile Gaming dengan Nitro Blaze 8 & Nitro Blaze 11!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Acer Mengembangkan Portfolio Mobile Gaming dengan Nitro Blaze 8 & Nitro Blaze 11!

Acer Mengembangkan Portfolio Mobile Gaming dengan Nitro Blaze 8 & Nitro Blaze 11!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd