Acer hari ni melancarkan peranti Nitro Blaze 8 dan Nitro Blaze 11, direka untuk meningkatkan pengalaman mobile gaming dengan prestasi unggul dan ciri-ciri serba boleh.
Dikuasakan oleh cip pemproses AMD Ryzen 7 8840HS dengan Ryzen AI yang menyediakan sehingga 39 TOPS, peranti gaming mudah alih Nitro Blaze 8 dan Nitro Blaze 11 memenuhi keperluan prestasi tinggi untuk menyokong game AAA yang lancar.

Peranti in dilengkapkan oleh paparan sesentuh 144 Hz WQXGA (8.8 inci atau 10.95 inci dengan kecerahan 500 nits, digabung dengan grafik AMD Radeon 780M, teknologi Radeon Super Resolution, dan AMD FidelityFX Super Resolution untuk penaik tarafan grafik yang cepat dan gambar mengagumkan bebas dari koyakan.
Dengan RAM LPDDR5X 16 GB di kecepatan 7500 MT/s dan penyimpanan PCIe Gen 5 NVMe 2 TB, para pengguna boleh menyaksikan aksi mendebarkan dan masa muatan yang rendah dalam peranti gaming mudah alih mereka.

Peranti ini senang disesuaikan untuk game, pelayaran, atau pekerjaan, lengkap dengan audio DTS:X Ultra dan pencetus dan kayu Hall Effect. Nitro Blaze 11 juga dilengkapi pengawal boleh tanggal dan kaki berdiri terbina dalam yang kukuh, dengan tambahan kamera depan untuk panggilan video dan strim.
Pilihan sambungan yang pantas disokong peranti-peranti Nitro Blaze termasuk USB 4 (Type C), USB 3.2 (Type C), Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3. Sebagai tambahan, para pengguna akan mendapat PC Game Pass selama tiga bulan. PC Game Pass ini direka untuk para pemain PC, termasuk game di hari pertama seperti Call of Duty: Black Ops 6, Indiana Jones and the Great Circle, Ara: History Untold, dan tajuk-tajuk dari EA Play.

Reka bentuk pengawal gaming Nitro Mobile yang mudah alih dan boleh dilipat sesuai untuk para pemain yang ingin bermain di atas perjalanan. Pengawal pasang dan guna ini sesuai dengan peranti-peranti Android dan iOS, lengkap dengan reka bentuk yang boleh diselaraskan untuk disesuaikan dengan paparan sebesar 8.3 inci.
Peranti ini lancar disambung dengan telefon bimbit melalui palam USB Type C, dan datang dengan pad getah yang menyediakan pegangan yang kukuh, menyokong pelbagai peranti, walaupun dengan sarung, sambil memastikan keselesaan ketika dalam sesi permainan.

Sesi permainan kekal tanpa gangguan dengan sokongan untuk cas pantas 18W untuk memastikan permainan yang panjang dan tenang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi untuk Blaze 8 dan 11.
@gamersantaimy
Discussion about this post