Jawatankuasa Penganjur Busan Indie Connect Festival (BIC) telah mendedahkan visual utama dan slogan bagi BIC Festival 2026, salah satu acara gaming indie paling berpengaruh di Asia.
Slogan tahun ini, “Buff Your Indie Spirit,” memberi tumpuan kepada tenaga yang terhasil apabila pembangun game indie bertemu dengan para pemain. Menurut penganjur, tema ini melambangkan proses “buffing” semangat kreatif, untuk mengubah minat kepada peluang baharu dalam industri gaming.
Visual utama membawakan tema “Universe-Indie”, yang menampilkan tiga simbol unik bagi mewakili nilai utama festival tahun ini:
- Discovery – Daun Semanggi: Mewakili “tuah” atau kegembiraan apabila menemui permata tersembunyi di sebalik lambakan judul game indie yang ada.
- Connection – Node Bulatan: Melambangkan ikatan antara pencipta dan pemain yang terjalin melalui interaksi dan pembinaan komuniti.
- Growth – Letusan Tenaga: Menggambarkan saat potensi sesebuah game indie berkembang luas selepas berjaya menemui audiensnya.
Bagi tahun 2026, festival ini akan mengekalkan format hybrid, bagi membolehkan peminat tempatan mahupun audiens antarabangsa turut serta:
- Festival Dalam Talian (Online): Berlangsung selama 22 hari, bermula dari 7 Ogos hingga 28 Ogos.
- Acara Luar Talian (Offline): Diadakan di Pusat Pameran BEXCO 1 (Dewan 2), Busan, dari 14 Ogos hingga 16 Ogos.
Bagi mereka yang berminat untuk hadir atau menghantar penyertaan game anda, maklumat lanjut dan kemas kini terbaharu boleh didapati di laman web rasmi BIC Festival 2026 di bicfest.org.









Discussion about this post