Marvel Comics dan juga Tsuburaya Production secara rasmi mengumumkan di acara Chicago Comic & Entertainment Expo (C2E2) sabtu lalu mengenai rancangan mereka atas kolaborasi komik terbaru Ultraman : The Rise of Ultraman serta novel grafik yang mereka telah beritahu mengenainya tahun lalu.
Ini bukan pertama kali kolaborasi ini diketahui ramai, sebelum ini adalah komik pertama dalam kolaborasi ini dikongsikan pada tahun lalu dengan Kyle Higgins (penulis Mighty Morphin Power Rangers, Winter Soldier) serta Mat Groom yang merupakan penulis untuk komik ini juga pelukisnya adalah Francesco Manna.
“Beberapa tahun lalu, terima kasih ketika masa saya di Power Rangers, saya dapat menemui dan mempelajari lebih lanjut mengenai Tokusatsu. Dengan konvensyen dan inspirasi yang sangat berbeza, Tokusatsu – dan Ultraman khususnya – telah menjadi sumber kegembiraan besar bagi saya, ”
“Ia adalah genre yang begitu matang dengan kemungkinan kepada apa yang kita fikirkan dalam struktur penceritaan super hero. Ini merupakan penghormatan dan keistimewaan untuk membawa Ultraman ke Marvel. ”
-Higgins
Jalan penceritaan komik ini adalah “mengkaji semula generasi pertama klasik fenomena di seluruh dunia.” Marvel menyatakan mereka akan memperkenalkan Ultraman kepada peminat baru tidak kira yang tua ataupun muda untuk kembali ke era yang ikonik serta kembalikan semangat peminat Ultras yang telah dikenali lama dan disukai!
“Monsters dalam fiksyen telah mewujudkan semua yang gelap dan menakutkan di dunia kita selama kita selami kisah-kisah ini. Bagi saya tiada siapa terfikirkan atau memahami skala besar permasalahan kami denganmendesak untuk menjadi seperti Eiji Tsuburaya;
“Dia membayangkan kegelapan yang menjulang tinggi seperti pencakar langit, dan membayangkan kita dapat berdiri sama dengan monster itu dengan memberi sesuatu yang paling hebat dan terjadilah Ultraman. Jadi kami akan mencuba untuk mencari apa yang dimaksudkan dalam dunia dusta yang bercanggah ini…
-Groom
Ultraman secara rasmi dilancarkan pada tahun 1996 dari francais Tsuburaya Production dan kini meraikan ulang tahun ke-50 pada tahun 2016. Siri terbaru dalam francais ini adalah Ultraman Taiga yang telah ditayangkan pada 6 Julai dan berakhir Disember tahun lalu dan lebih menarik, siri tv Ultraman Taiga ini akan ditayangkan diseluruh dunia tahun ini.
Komik yang akan hadir kemungkinan besar pada tahun ini diberi nama Marvel Comics’ The Rise of Ultraman. Jadi kita nantikan lebih maklumat yang akan dikongsikan oleh Marvel dan Tsuburaya Production dalam masa terdekat!
Sumber: LRM
@gamersantaimy
Discussion about this post