Bayangkanlah, tengah seronok tengok berita menarik di Twitter, boleh pula jumpa tajuk-tajuk manga yang pelik. Rasanya anda semua tahu betapa popularnya genre isekai di Jepun. Memang banyak manga isekai yang “unik” telah dikeluarkan. Ada sebuah manga isekai terbaru akan keluar, tetapi dia punya sinopsis sahaja membuatkan komuniti manga agak terkejut. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.
Selalu kalau cerita isekai, pasti kita jumpa watak protagonis yang akan mengumpulkan ahli untuk partinya dan menumpaskan orang jahat. Bertajuk “Yuusha ni zenbu ubawareta ore wa yuusha no hahaoya to Party kumimashita“, anda diperkenalkan dengan kisah di mana protagonis telah membentuk sebuah parti yang terdiri daripada para ibu. Pelik betul tidak? Berikut adalah ringkasan plot untuk manga tersebut.
Watak utama, Ceres telah dilahirkan ke sebuah dunia baru sebagai bayi. Di dunia tersebut, kebanyakan orang di sana hidup selama 50 tahun sahaja. Jadi, sesiapa yang berumur 17 tahun sudah dikira sebagai seseorang yang sudah tua.
Nak dijadikan cerita, kawan baik Ceres, Zect ingin menjadi hero dan mereka telah membentuk sebuah parti. Ceres pula telah mempunyai teman wanita dalam parti tersebut tetapi siapa sangka sebenarnya Zect secara rahsia bersama teman wanitanya itu. Jadi untuk melindungi hubungan rahsia tersebut, seluruh ahli parti telah membuang Ceres daripada parti tersebut.
Untuk membalas dendam kepada parti terdahulunya, Ceres kini menbentuk parti terbaru dengan ibu-ibu kepada ahli-ahli partinya terdahulu.
Dengan plot sebegitu, sudah tentu ia membuatkan ramai pembaca manga ingin tahu lebih lanjut mengenainya. Tetapi ia juga jelas bahawa penceritaannya tidak sesuai untuk semua pembaca. Manga isekai ini juga sebenarnya adaptasi daripada novel ringan yang diterbitkan di Jepun. Jadi tiada terjemahan rasmi yang diterbitkan untuk pembaca luar negara.
Sumber: Manga Mogura RE
@gamersantaimy
Discussion about this post