Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba menyusul hebat dari penjualan Bleach dan My Hero Academia pada masa yang sama!

Weh sikit lagi nak potong Naruto jugak okay!

Nyny.A by Nyny.A
November 25, 2019 - Updated on February 8, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba menyusul hebat dari penjualan Bleach dan My Hero Academia pada masa yang sama!
Share on FacebookShare on Twitter

Bukan rahsia lagi bahawa Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba yang sukar ditemui di Jepun dan sukar untuk melihatnya disimpan di rak buku. Dengan peminat fanatik sehingga membuat pedang di mod PUBG Mobile berinspirasikan manga/anime Demon Slayer, untuk penjualan manga yang tersangatlah laris memang tidak dapat dinafikan ianya sukar untuk dilihat dimana-mana kedai runcit lagi! Yang menariknya melalui kajian beberapa nombor yang dibandingkan dengan siri popular lain semasa, keputusanya nyata membuat kami semua terkejut!

Dengan lebih dari 20 juta salinan manga yang telah dijual sehingga jilid 17, Demon Slayer: Kimetsu no Yabai kini berada disana sebagai salah satu manga terbesar dan terlaris yang pernah ada, dengan khabar angin (dan matematik) bahawa siri ini telah menjual lebih daripada volum manga One Piece yang ada pada tahun ini. Walaupun, data untuk itu akan dikeluarkan oleh Oricon akhir bulan November.

Untuk beberapa siri yang lebih popular, carta di atas mempamerkan lintasan yang tinggi dari gergasi-gergasi manga seperti My Hero Academia, One Piece yang selalu terjual paling banyak, dengan Naruto dan Bleach juga dibahagian atas, tetapi tidak selalu bergantung pada tahun dan siri lain yang dikeluarkan pada masa yang sama.

Walaupun penjualan One Piece secara harfiah berada di luar carta, pada pembebasan Jilid 17 siri masing-masing, Naruto telah menjual 24 juta salinan pada tahun 2003, Bleach pada 18 juta salinan tahun 2005 dan My Hero Academia pada 13 juta salinan pada 2018. Demon Slayer, ketika menjejakkan kaki pada permulaan jualan, terus melonjak apabila siri anime berakhir dan telah mengatasi apa yang dirasa manga Bleach pada tahun 2005 dengan 20 juta jualan salinan yang dijual di Jepun.

Apabila anime Bleach bermula pada tahun 2004, siri ini mempunyai 14 jilid jualan, yang berjumlah 10 juta jumlah jualan untuk siri ini. Siri anime terus tidak terganggu sehingga berakhir pada 2012 dengan 366 episod. Bleach menyeberangi 20 juta salinan yang dijual pada jilid 18. Apabila Demon Slayer mula menyiarkan anime, siri ini mempunyai 15 jilid jualan. Jumlah jualan semua jilid hingga ke tahap 5 juta salinan. Siri ini mencapai 20 juta tanda jualan dengan jilid 17, yang dijual pada 4 Oktober 2019. Kini, sebelum pelepasan jilid 18 pada 4 Disember, ia akan menjadi menarik untuk melihat sama ada Demon Slayer akan duduk di rak buku kedai-kedai runci lama ataupun tidak.

Penjualan sehingga Jilid 16. Sumber: Reddit r/manga

Pada yang tidak tahu mengeai Demon Slayer: Kimetsu no Yabai mengisahkan Tanjiro Kamado seorang remaja yang baik hati dan cerdas serta tinggal bersama keluarganya. Tanjiro Kamado menjadi sumber penghasilan tunggal keluarganya selepas kematian bapanya. Semuanya berubah apabila keluarganya diserang dan disembelih oleh setan (demon). Tanjiro dan adiknya Nezuko adalah satu-satunya mangsa yang selamat, tetapi Nezuko sedang berubah menjadi setan, dan yang masih mengejutkan apabila dia menunjukkan tanda-tanda emosi dan pemikiran manusia. Selepas pertemuan dengan Giyu Tomioka, pembunuh setan (demon slayer), Tanjiro memutuskan untuk menjadi demon slayer juga untuk membantu kakaknya kembali semula menjadi manusia dan membalas dendam kematian seluruh keluarganya.

Siapa sangka Manga Demon Slayer bakal menjadi sehebat gergasi-gergasi One Piece, Bleach, Naruto dan My Hero Academia. Kita nantikan penjualanya lagi sehingga hujung tahun ini untuk penilaian akan datang.

Sumber: Otakomu (1, 2), wj_log , Yusuke Murata Twitter

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bleachDemon SlayerDemon Slayer: Kimetsu no YaibamangaManga RankMy Hero Academianarutoone piece
Previous Post

Apa yang ada dengan zombie di Call of Duty: Mobile yang hadir dalam waktu yang terhad ini?! Baca sini jom!

Next Post

Skrin besar, Bateri yang Kuat dan Kapasiti Storan yang besar semuanya dengan Huawei Y9s hanya berharga RM999!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Skrin besar, Bateri yang Kuat dan Kapasiti Storan yang besar semuanya dengan Huawei Y9s hanya berharga RM999!

Skrin besar, Bateri yang Kuat dan Kapasiti Storan yang besar semuanya dengan Huawei Y9s hanya berharga RM999!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd