Sebentar tadi, Xiaomi Malaysia telah melancarkan secara rasmi keluaran produk terbaru mereka iaitu Redmi Note 8 dan Note 8 Pro. Seperti biasa, Xiaomi berjaya menghadirkan telefon pintar berspesifikasi tinggi dengan harga mampu milik! Dengan kamera sehingga 68MP AI Quad untuk kamera utama, paparan Dot Drop Gorilla Glass 6’53” dan pemproses Snapdragon 665AIE yang padu, juga pemproses Helio G90T untuk Note 8 Pro memang Xiaomi tidak mengecewakan para peminat siri Redmi Note mereka!
Jom lihat perbezaan antara kedua telefon pintar terbaru dari Xiaomi ini;
Redmi Note 8
Kedua spesifikasi agak besar perbezaanya, tetapi mempunyai rekaan yang sama. Redmi Note 8 biasa dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 665AIE, skrin paparan Dot Drop sebesar 6.3″ dengan Corning Gorilla Glass 5 untuk bahagian tepi dan belakang bersama FHS + Visual Experience, storan daridari segi pemilihan 3GB RAM + 32GB , 4GB RAM + 64GB dan 4GB RAM + 128GB.
Bagi bahagian kamera ternyata berbeza dengan siri Note sebelum ini yang hanya mempunyai 2 kamera utama. Dalam Redmi Note 8, mempunyai 4 kamera dimana 48MP untuk kamera utama bersama 8MP ultra-wide-angle shooter, 2MP depth sensor dan 2MP kamera makro. Kapasiti bateri juga rendah 4,000mAh tetapi ia menyokong pengecasan cepat 18W melalui USB-C.
Mempunyai 3 jenis pemilihan warna iaitu Space Black, Neptune Blue, Moonlight White dan harga untuk Redmi Note 8 hanyalah bermula dari RM599 hingga RM899!
Jom lihat spesifikasi penuh disini;
Prestasi | Qualcomm Snapdragon 665 – Qualcomm Kyro 260 CPU, Octa-core – Up to 2.0GHz – Qualcomm Adreno 610 GPU – 11nm FinFET Process 3GB + 32GB (RM599), 4GB + 64GB (RM799), 4GB + 128GB (RM899) |
Kamera | 48MP + 8MP + 2MP + 2MP quad rear camera – 48MP wide angle primary lens, f/1.79 – 1.6μm 4-in-1 Super Pixel – 1/2″ sensor size, PDAF 8MP ultra wide-angle lens, 1.12μm, f/2.2 – 120 degree field of view 2MP macro lens, 1.75μm f/2.4 – 2 – 10cm focus distance, AF 2MP depth lens, 1.75μm f/2.4 AI portraits, AI scene direction, AI ultra-wide angle with distortion correction, steady handheld night photography, macro photography 13MP front camera – Panorama selfie, Palm shutter, AI portrait selfies, AI-scene detection, AI face unlock |
Paparan | 2.5D rounded rear glass design – Corning Gorilla Glass 5 Warna pilihan: Space Black, Neptune Blue, Moonlight White |
Connectivity | IR Remote 3.5mm headphone jack Dual 4G, Dual standby Bluetooth 4.2 GSM B2/3/5/8 WCDMA B1/2/4/5/8 TDD LTE: B38/40 FDD-LTE: 1/2/3/4/5/7/8/20/28 |
Battery charging | 4000mAh (typ) high-capacity battery Suppots 18W fast charge USB-C 10W in-box charger |
Redmi Note 8 Pro
Seperti yang dinyatakan diatas, Redmi Note 8 Pro mempunyai perbezaan yang besar berbanding dengan siri 8 biasa. Mengfokuskan kepada gaming, Redmi Note 8 Pro mempunyai pemproses yang berbeza iaitu HELIO G90T untuk memberi prestasi hebat dalam permainan mobile. Menggunakan seni bina Cortex-A76 dan prestasi yang lebih baik berbanding dengan Snapdragon 710. Bukan itu sahaja Helio G90T mempunyai prestasi GPU yang kuat dan anda boleh bermain permainan berintensiti tinggi pada kadar bingkai yang mampan.Paling menarik, ianya juga boleh disambungkan dengan Black Shark Gaming Controller! Seronok la para mobile gamers lepas ni!
Manakala untuk skrin paparan Dot Drop 6.53 ” juga dengan Corning Gorilla Glass 5 bersama 19.5: 9 FHD + (2340 x 1080) + immersive display. Juga mempunyai LiquidCool technology beserta storan sebesar 6GB+64GB, 6GB+128GB dan LPDDR4xRAM, UFS 2.1 storage dan Game Turbo 2.0.
Bagi kameranya juga berbeza besar dengan siri Note 8 biasa. Dengan kamera utama 64MP ultra high-resolution wide camera + 8MP ultra wide-angle camera+ 2MP kamera makro + 2MP depth sensor. Jadi memang jelaslah gambar anda nanti!
Untuk Redmi Note 8 Pro juga mempunyai 3 pilihan warna iaitu Mineral Grey, Pearl White, Forest Green. Berita gembira untuk peminat Xiaomi, pra pembelian awal untuk Redmi Note 8 Pro (6GB+64GB) dari 8-11 Oktober 2019 hanyalah RM999!!
Bagi harga biasa selepas pembelian awal adalah bermula RM1099-1199. Bukan itu sahaja, anda juga akan menerima Black Shark Gaming Controller secara percuma untuk pembelian awal bagi pembelian Redmi Note 8 Pro 6GB+128GB dari 8-11 Oktober 2019 berharga RM1199.
Jom lihat spesifikasi penuh disini;
Prestasi | MediaTek Helio G90T – Arm Cortex-A55, Arm Cortex-A76 – Up to 2.05Ghz – Arm Mali G76 3EEMC4 GPU, up to 800MHz LiquidCool technology 6GB+64GB, 6GB+128GB – LPDDR4xRAM, UFS 2.1 storage Game Turbo 2.0 |
Kamera | 64MP + 8MP + 2MP + 2MP AI quad rear camera – 64MP ultra high-resolution wide camera, Samsung ISOCELL GW1, f/1.89 – 0.8μm, AF 6P lens, FOV 79 degrees 8MP ultra wide-angle camera, 1.12μm – 120 degree field of view 2MP macro camera, 1.75μm, 2cm autofocus 2MP depth camera, 1.75μm Supports AI scene detection, AI ultra wide-angle mode Steady handheld night photography 960FPS slow motion vide 20MP front camera – f/2.0, 0.9μm – AI portrait selfies, AI scene detection, panorama selfie, palm shutter |
Reka bentuk dan Paparan | 6.53″ 19.5:9 Dot Drop display FHD+ (2340 x 1080) 500nit (typ) maximum brightness Color contrast ratio: 1500:1, NTSC: 84%(typ) Software buttons, Full screen gestures Dimensions: 161.35mm x 76.4mm x 8.79mm Weight: 199.8g Available colours: Mineral Grey, Pearl White, Forest Green Corning Gorilla Glass 5 front and rear Certified by TÜV Rheinland for blue light protection |
Connectivity | Dual 4G standby Bands – GSM B2/3/5/8 – WCDMA B1/2/4/5/8 – TDD-LTE B38/40 – FDD-LTE B1/2/3/4/5/7/20/28 Multifunctional NFC USB Type-C 3.5mm headphone jack WiFi X antenna |
Battery charging | 4500mAh(typ) battery Supports 18W fast charge |
Security | Rear fingerprint sensor AI Face unlock |
Jadi, sesiapa yang ingin membeli Redmi Note 8 dan Note 8 Pro bolehlah ke kedai rasmi Xiaomi atau boleh beli secara online di Lazada atau Shopee yang rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post