Sepanjang siri francais Gundam, pelbagai mecha gempak dan menakjubkan telah dicipta. Daripada rekaan siri Universal Century yang lebih konvensional dan realistik hingga ke rekaan unik dan konfigurasi nasionalistik Future Century yang penuh aksi, Gundam telah datang dalam pelbagai saiz, bentuk dan rupa.
Standard kecantikan sangat subjektif dan boleh melibatkan apa-apa sahaja, apatah lagi bagaimana seseorang individu menilai kecantikan robot gergasi di mana mereka bertarung sesama sendiri untuk menentukan nasib alam semesta. Mari kita meraikan ulang tahun ke-40 ini dengan memperingati setiap mecha yang terhasil dan berseronok menyenaraikan mecha paling bergaya sepanjang francais Gundam. Oleh itu, tanpa menunggu lagi, berikut adalah LIMA rekaan Gundam terbaik!
STRIKE FREEDOM GUNDAM
Sebuah peningkatan ke Freedom Gundam dari Gundam Seed, Strike Freedom adalah mecha kedua yang dipandu oleh Kira Yamato dan bagi saya ~ fuhh memang lawa. Jika warna dan reka bentuk klasiknya tidak menarik kamu, tunggulah sehingga ia membuka sayap. Walaupun Strike Freedom tidak sesuai untuk misi pengintipan, cara sayapnya buka dengan pancaran-pancaran cahaya dibelakang sangat indah untuk mata saya. Mecha ini seolah-olah dikuasakan oleh bintang-bintang di angkasa sambil terbang merentasi alam semesta.
HEAVYARMS CUSTOM (ENDLESS WALTZ VERS.)
Mengapa nak fokus pada melee combat kalau boleh tambah lebih banyak senjata? Adakah itu persoalan yang ditanya oleh para designer Heavyarms Custom semasa membina mecha ini. Bagus dalam satu perkara dan hanya satu perkara itu sahaja, Heavyarms mempunyai kuasa yang besar. Sebilah pisau pertempuran pun tidak wujud pada mecha biru gelap ini, dan dedikasinya kepada konsep teras ini harus dihormati. Walaupun menjadi senjata yang direka khas untuk peperangan artileri, skema warna dan reka bentuk menjadikannya amat menonjol di medan perang antara bersama Gundam hebat lain di Gundam Wing: Endless Waltz.
GOD GUNDAM
Mobile Fighter G Gundam sangat terkenal untuk reka bentuknya yang pelik dalam francais. Daripada Gundam yang kelihatan seperti koboi hingga mecha yang kelihatan seperti kincir angin, pasti ada mecha yang membuat penonton tertanya-tanya. Tetapi ada rekaan luar biasa yang berjaya memikat hati penonton terutamanya pada reka bentuk mecha utama. Dipandu oleh Domon Kasshu, God Gundam (juga dikenali sebagai Burning Gundam) adalah mecha utama daripada siri ini. Berinspirasi oleh samurai yang memakai perisai penuh, God Gundam berkongsi skema warna yang sama dengan kebanyakan mecha utama lain di francais Gundam dan boleh bergerak dengan tangkas dan bebas berkat skema kawalan yang maju. Paling seronok semasa melihat God Gundam bertarung di Gundam Fight Tournament!
WING GUNDAM ZERO (ENDLESS WALTZ VER.)
Saya masih belum selesai dengan siri Gundam Wing! Kepada beberapa peminat, tidak ada siri Gundam yang lebih baik daripada Gundam Wing dan ada pelbagai sebab untuk menyokong pernyataan mereka ini. Bersama dengan jalan cerita yang luar biasa dan adegan pertempuran penuh aksi, ia juga mengandungi beberapa mecha yang paling lawa dalam francais dengan yang paling terkenal ialah Wing Gundam Zero daripada Endless Waltz. Sama dalam skema warna tetapi berbeza dalam reka bentuk, Gundam ini mempunyai sepasang sayap gemilang yang tersebar luas di belakang badannya. Sepadan dengan imej bidadari yang memperjuangkan keadilan!
RX-93 ν GUNDAM (NU GUNDAM)
Ini dia ~ Mecha yang paling CANTIK dalam francais. Pewaris kepada Gundam asal daripada siri pertama, v Gundam adalah penambahbaikan dalam hampir setiap aspek. Direka oleh juruterbang, Amuro Ray, untuk menjadi versatil serta tahan lama untuk pertempuran yang bertempoh panjang, ia juga mengandungi Fin Funnels yang boleh digunakan dalam serangan atau pertahanan. Selain itu, tak sangka Ray juga mereka bentuk mecha ini untuk kelihatan lawa. Menjauhkan diri dengan warna kuning daripada reka bentuk asal, ia memberi tumpuan kepada warna merah pada rangka yang terdiri daripada biru dan putih untuk benar-benar menyerlahkan warna itu. Secara keseluruhannya, mecha ini memberikan palet warna lebih bersepadu yang memastikan RX-93 sentiasa bergaya semasa bertarung.
@gamersantaimy
Discussion about this post