Dengan bermulanya Grand Final Predator League 2024 di Manila, Filipina, nampaknya tuan rumah untuk kejohanan untuk tahun seterusnya telah pun didedahkan! Diumumkan semasa sidang media, Asia Pacific Predator League telah memilih Malaysia sebagai tuan rumah kejohanan!

Pengumuman tersebut bibuat oleh Andrew Hou yang merupakan Presiden Operasi Pan-Asia Pasifik Acer, semasa sidang media, di mana beliau menjawad soalan-soalan semasa sesi soal jawab mengenai Predator League yang akan datang.

Menurut Andrew, Malaysia terpilih sebagai tuan rumah Predator League 2025 melalui undian, sama seperti sukan Olimpik. Dia turut memberitahu sedikit sebanyak tentang proses undian tersebut, di mana negara yang ingin menjadi tuan rumah untuk Grand Final, mereka mesti mengangkat tanga dan menyampaikan cadangan itu semasa mesyuarat suku tahunan. Selepas cadangan tersebut dibentangkan, wakil daripada setiap negara akan membuat undian mereka.

Kon Tek Yoong, Pengarah Urusan Pejabat Acer Malaysia, turut berkongsi sepatah dua kata tentang perkara yang peminat boleh jangkakan untuk Asia Pacific Predator League 2025 yang bakal berlangsung di Malaysia.
“Kami berharap ia akan menjadi yang besar. Kami memberi semua orang pengalaman yang indah dan mengasyikkan dan juga, saya fikir harus mempamerkan layanan baik Malaysia.”
Bercerita tentang penjualan tiket, Andrew Hou berkata bahawa setiap negara mempunyai format sendiri untuk menganjurkan acara itu, jadi keputusan negara akan dihormati. Walaupun tiket tidak dijual, tidak akan ada masalah kerana kejohanan itu dianjurkan kerana kejohanan itu diadakan untuk membangunkan situasi gaming dan menarik lebih ramai khalayak kepadanya.
Buat masa ini, tiada tarikh rasmi penganjuran Asia Pacific Predator League 2025, jadi nantikan berita lanjut pada masa akan datang. Anda juga boleh ikuti laman web rasmi Predator League untuk mengikuti perkembangan lanjut acara.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Predator League daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post