Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Malaysia Akan Menjadi Tuan Rumah ‘Asia Pacific Predator League 2025 Grand Finals’ Buat Kali Pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 26, 2024 - Updated on October 21, 2024
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, PL2025, Tempatan
0 0
0
Malaysia Akan Menjadi Tuan Rumah ‘Asia Pacific Predator League 2025 Grand Finals’ Buat Kali Pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Musim esports sedang hangat sekarang, dan Acer pun tidak terkecuali dengan menyediakan pentas untuk pelbagai pertandingan kelayakan di seluruh negara. Semua ini akhirnya akan kemuncak di Asia Pacific Predator League 2025 Grand Finals yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia!

Ini menandakan debut pertandingan di negara kita, berterusan dari edisi dahulu yang diadakan di Jakarta, Bangkok, Tokyo, dan Manila semenjak permulaannya di 2018. Sejak itu, Asia Pacific Predator League telah berkembang dengan pesat, bermula dengan 8 wilayah yang mengambil bahagian dalam pertandingan pertama, dan sekarang mengalu-alukan pasukan dari lebih dari 15 wilayah.

Kredit: Predator Gaming My

Edisi ke-enam Asia Pacific Predator League kembali, merangkumi pasukan-pasukan DOTA 2 dan VALORANT terunggul dari wilayah ini. Para pemain dan pelatih dari 15 wilayah akan bersaing untuk memenangi kumpulan hadiah sebanyak USD 400,000 dan peluang untuk mengukir nama mereka dalam sejarah eSukan. Acer juga menyelenggarakan pertandingan rekaan watak Liga Predator, membolehkan para peminat dan penggemar gaming menonjolkan semangat mereka dengan menciptakan ikon Liga Predator seterusnya.

Pendaftaran untuk pusingan kelayakan Asia Pacific Predator League 2025 Malaysia sekarang dibuka sehingga Ogos 18, 2024. Para pasukan boleh bersaing untuk mendapatkan sebahagian dari kumpulan hadiah dan peluang untuk mengangkat Perisai Predator yang didambakan dengan mendaftar di SINI!

Kredit: Predator Gaming My

Acer juga akan membawa pertandingan kepada para gamer di seluruh M alaysia dengan menyelenggarakan pusingan kelayakan Asia Pacific Predator League Malaysia di empat wilayah: Utara, Sentral, dan Selatan di Semenanjung Malaysia, di samping Malaysia Timur, dari pertengahan September sehingga akhir October 2024.

Berikut adalah jadualnya:

  • Kuala Lumpur — 14 hingga 15 September 2024
  • Sabah — 21 hingga 22 September 2024
  • Johor — 18 hingga 19 Oktober 2024
  • Penang — 26 hingga 27 Oktober 2024

Para juara dari setiap wilayah akan bersaing di acara luar talian di Lembah Klang dalam November 2024. Para pemenang akan menerima sebahagian besar dari kumpulan hadiah sebanyak RM 180,000 (USD 38,500) dan peluang untuk mewakili Malaysia dalam Asia Pacific Predator League Grand Finals, bersaing dengan pasukan-pasukan yang terunggul dari 14 wilayah yang lain.

Kredit: Predator Gaming My

Untuk maklumat lanjut mengenai, sila layari laman web rasmi atau laman Facebook Predator Malaysia.

Tags: Asia Pacific Predator League 2025Malaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Unboxing Razer | Hello Kitty And Friends Collection – Kembali Menyambut 50 Tahun Penuh Kecomelan

Next Post

Kumpulan Idol ‘KLP48’ Memperkenalkan Ahli Generasi Pertama Secara Rasmi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Next Post
Kumpulan Idol ‘KLP48’ Memperkenalkan Ahli Generasi Pertama Secara Rasmi

Kumpulan Idol 'KLP48' Memperkenalkan Ahli Generasi Pertama Secara Rasmi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd