Diumumkan di The Game Awards pada hujung tahun lepas, studio Striking Distance mendedahkan mereka sedang mengusahakan The Callisto Protocol. Konsep horror sci-fi mereka sudah cukup sains, tetapi perkara yang benar-benar membuat ia melonjak dalam populariti adalah naratif permainan yang berkait dengan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).
Walaupun ia susah untuk memahami hubungan kedua-dua permainan, pengasas Striking Distance, Glen Schofield, baru-baru ini bercakap dengan GamesRadar tentang betapa pentingnya hubungan antara The Callisto Protocol dan PUBG. Menurut Schofield, kedua-duanya lebih berkait daripada segi mitos daripada jalan cerita, dan mendakwa bahawa kaitan mereka tidak begitu “mendalam.”
“Kami sedang membantu PUBG Corp sebagai satu pasukan penulis, dan mengusahakan latar belakang PUBG dan dunianya. Mereka mempunyai garis masa, dan kami sesuai dengan garis masa itu sekarang. Ia tidak benar-benar mendalam, tetapi akan ada sedikit hubungan di sana sini,” -kata Schofield kepada GamesRadar.
Hubungan mereka akan dijelaskan dengan lebih banyak melalui rujukan kecil antara satu sama lain berbanding jalan cerita yang dramatik. Ia akan lebih masuk akal apabila pemain mencuba permainan ini.
Naratif PUBG menjadi tumpuan pada tahun 2019, dengan trailer sinematik Season 4. Ia menampilkan kisah tragis seorang kanak-kanak lelaki yang menyaksikan keluarga dan rakannya terbunuh semasa pengeboman di pulau Erangel. Di masa depan, kanak lelaki itu menjadi individu yang sangat kaya, tinggal di agam besar dan mengawasi Erangel. Secara khusus, dia mengawasi perlawanan PUBG dan mencari seorang insan, seperti dia, yang berjaya mengharungi perlawanan brutal ini.
The Callisto Protocol pula mengisahkan sebuah penjara angkasa lepas futuristik, di mana trailer sinematik memfokuskan pada seorang banduan yang terperangkap di dalam fasiliti tersebut. Sesuatu nampaknya berlaku pada robot yang meronda di luar selnya, jadi banduan itu memilih memeriksa, tetapi tidak sedar bahawa rakannya di dalam bilik telah berubah menjadi makhluk zombie yang menakutkan. Dia diserang oleh raksasa itu, dan adegan berubah ke seorang individu misteri yang melihat kematian banduan itu dari bilik kawalan.
Walaupun kaitan mereka tidak begitu mendalam, hubungan antara kedua-dua permainan membuatkan saya tertarik untuk tahu lebih. Bagi mereka yang tidak tahu, The Callisto Protocol akan keluar pada PC dan konsol pada tahun 2022. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.
Sumber – GamesRadar
@gamersantaimy
Discussion about this post