Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Main ‘Sword of Justice’ Sekarang – Dimeriahkan Lagi Dengan Penampilan Baifern!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 7, 2025 - Updated on November 10, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, MMO, Mobile, PC, RPG, Steam
0 0
0
Main ‘Sword of Justice’ Sekarang – Dimeriahkan Lagi Dengan Penampilan Baifern!
Share on FacebookShare on Twitter

NetEase Games bersama ZhuRong Studio hari ini secara rasminya telah melancarkan game Sword of Justice untuk platform peranti mobile dan PC di seluruh dunia, sekali gus memperkenalkan sebuah epik fantasi timur bergenre MMO kepada para pemain global.

Sword of Justice merupakan sebuah MMO RPG fantasi timur yang boleh diakses secara percuma melalui Android, iOS, dan PC.

Game ini membawa pemain ke sebuah dunia yang diilhamkan oleh negara China pada kurun ke-12, menyajikan visual yang mengagumkan, sebuah dunia terbuka yang luas untuk diterokai, serta persekitaran gameplay yang adil tanpa sebarang unsur “pay-to-win”.

Selain itu, ia turut menampilkan NPC yang dikuasakan oleh AI pintar, yang mampu bertindak balas secara dinamik terhadap setiap pilihan pemain.

Penampilan Khas Selebriti Baifern Sebagai Heroin ‘Ye Xueqing’

Bagi meraikan pelancarannya di rantau Asia Tenggara, sejumlah video istimewa yang dibintangi oleh pelakon dan model terkenal, Baifern, akan ditayangkan. Beliau bukan sahaja akan membawa penonton meneroka dunia Sword of Justice, tetapi juga akan menghidupkan salah satu watak utamanya, Ye Xueqing.

Sebagai salah seorang daripada sekian banyak watak menarik yang bakal ditemui oleh pemain sepanjang pengembaraan, Baifern menyerlahkan watak Ye Xueqing di skrin dengan begitu cemerlang, sama ada ketika mempamerkan sisinya yang lemah lembut mahupun wataknya yang lebih matang dan tegas.

Semuanya sambil menyampaikan mesej penting kepada semua pemain: “Dalam Duniamu, Mainlah Mengikut Caramu!”

Terokai Dunia Tanpa Sempadan dan Berinteraksi dengan NPC Pintar

Di dalam Sword of Justice, pemain dapat merealisasikan impian untuk menjadi seorang jaguh seni bela diri dalam sebuah dunia yang dipenuhi cabaran, daripada pertarungan dengan musuh-musuh handalan sehinggalah menentang raksasa ganas.

Walau bagaimanapun, Sword of Justice menawarkan lebih daripada sekadar aksi pertempuran; pemain juga boleh memilih untuk menjadi seorang tukang mahir yang mencipta peralatan berkuasa atau seorang figura sosial yang berpengaruh dan mampu memikat hati orang lain.

Ada pelbagai gaya permainan yang boleh diterokai, dan semuanya boleh dinikmati tanpa perlu membelanjakan sebarang wang.

Sword of Justice adalah percuma sepenuhnya. Melalui sistem “Converging Paths”, setiap pemain, sama ada pemain kasual ataupun juara PvP, dijamin akan menerima ganjaran asas yang sama.

Pembangunan watak sepenuhnya bergantung pada gameplay, dengan had atribut yang ketat serta sistem ‘reset’ bermusim bagi memastikan persaingan yang seimbang untuk semua.

Dunia Realistik dan Unik Melalui Pilihan Ubah Suai Penampilan dan NPC

Sword of Justice menawarkan lebih 300 parameter yang boleh diubah suai untuk mencipta watak idaman anda, merangkumi bentuk dan ciri-ciri wajah, solekan, gaya rambut, serta bentuk badan.

Apa yang lebih menarik, anda tidak perlu menetapkan semuanya secara manual – cukup dengan memberikan deskripsi atau memuat naik gambar, dan sistem AI akan secara automatik menghasilkan watak yang sepadan.

Dengan menggunakan teknologi penangkapan wajah dan sistem ekspresi pintar, watak-watak dalam Sword of Justice mampu menunjukkan pelbagai ekspresi dengan lebih mendalam.

Ciri ini membolehkan watak-watak melakukan tindakan halus seperti mengelip mata dan tersenyum sebagai tindak balas, menjadikan mereka kelihatan realistik.

Watak-watak NPC dalam game ini juga dikuasakan oleh teknologi AI yang membolehkan mereka untuk mengingati interaksi dengan anda dan memberi respons yang bersesuaian. Ini mewujudkan sebuah dunia yang hidup dan bertindak balas terhadap setiap keputusan anda dengan cara yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Setiap pilihan yang dibuat akan membentuk naratif peribadi anda, memberikan kebebasan untuk mencorakkan pengembaraan mengikut cita rasa sendiri.

Dapatkan Ganjaran Percuma Sempena “5 Juta Pra-pendaftaran” dengan Log Masuk

Pemain yang log masuk ke Sword of Justice melalui PC, Android, atau iOS sekarang berpeluang menebus ganjaran istimewa yang telah dibuka hasil pencapaian 5 juta pra-pendaftaran.

Antara ganjaran tersebut termasuklah kostum “Solitary Crane”, mount dengan kesan khas “Heaven Frost”, 200 unit “Ornate Jade (Soulbound)”, serta 88,888 “Banknotes” untuk digunakan di dalam game.

Sword of Justice mengalu-alukan anda untuk menyelami dalam pengembaraan epik di sebuah dunia fantasi timur yang menawan, dengan pelbagai misi menarik menanti untuk disahut oleh mereka yang berjiwa kental. Mari mulakan pengembaraan anda dalam Sword of Justice di platform Android, iOS, dan PC hari ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai Sword of Justice, sila lawati:

  • Laman Web Rasmi
  • App Store
  • Google Play
  • Steam
  • Facebook
  • Discord

Tags: Sword of Justice
ShareTweetSend
Previous Post

Grand Theft Auto VI Ditunda Lagi, Kini Akan Keluar November 2026

Next Post

Marvel 1943: Rise of Hydra Ditangguh Tanpa Tarikh Baharu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Marvel 1943: Rise of Hydra Ditangguh Tanpa Tarikh Baharu

Marvel 1943: Rise of Hydra Ditangguh Tanpa Tarikh Baharu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd