Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Daima Akan Ditayangkan Pada 11 Oktober!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 2, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Dragon Ball Daima Akan Ditayangkan Pada 11 Oktober!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas diusik tentang tarikh keluarannya pada bulan Julai lalu, akhirnya kami mendapat pengesahan bahawa siri anime Dragon Ball Daima akan ditayangkan pada 11 Oktober 2024.

Merupakan anime serba baharu sempena ulang tahun ke-40 manga original ciptaan mendiang Akira Toriyama, Dragon Ball Daima membawa jalan cerita ke arah baharu apabila Goku dan rakan-rakan tiba-tiba ditukar menjadi kecil. Untuk membetulkan masalah ini, Goku memulakan pengembaraan baharu untuk mencari siapakah dalang di sebalik kejadian ini.

Kredit: ©BIRD STUDIO/SHUEISHA, TOEI ANIMATION

Menurut laporan rasmi, Fuji Television telah mengumumkan bahawa Dragon Ball Daima akan memulakan siaran di Jepun pada 11 Oktober jam 11:40 malam JST (sebagai sebahagian daripada tayangan lewat malam), dan sebagai tambaham episod pertama untuk siri ini akan menampilkan 10 minit tambahan. Masako Nozawa kembali untuk menyuarakan Goku, dan setakat ini, dia ialah satu-satunya pelakon suara yang disahkan.

Satu lagi berita gembira adalah semua episod untuk anime ini sudahpun disiapkan, bak kata Nakajima Yuichi sebagai pengarah program Fuji Television.

Kredit: ©BIRD STUDIO/SHUEISHA, TOEI ANIMATION

Walaupun tayangan Jepun telah disahkan, tetapi pihak rasmi masih belum mendedahkan rancangan untuk tayangan antarabangsa, termasuk di platform manakah ia akan tersedia. Tetapi memandangkan Dragon Ball adalah francais yang cukup besar, ramai di internet yakin bahawa Dragon Ball Daima akan ditayangkan dalam waktu yang lebih kurang sama seperti Jepun, ataupun sekaligus, di beberapa platform besar.

Sinopsis

Kredit: ©BIRD STUDIO/SHUEISHA, TOEI ANIMATION

Walaupun kelihatan comel dengan gaya chibinya, Dragon Ball Daima sebenarnya adalah satu lagi projek daripada pencipta asal Dragon Ball, Akira Toriyama, dan merupakan projek anime terakhir beliau sebelum kematiannya pada Mac 2024.

“Disebabkan sebuah konspirasi jahat, Goku dan rakan-rakannya menjadi kecil. Demi membetulkan keadaan, kini mereka perlu menuju ke dunia baharu! Ini adalah pengembaraan hebat dengan aksi hebat dalam dunia yang tidak diketahui dan misteri! Malah, disebabkan Goku terperangkap dalam saiz yang kecil, dia perlu bergantung semula pada Nyoibo (Power Pole) semasa bertarung, senjata yang sudah lama tidak dilihat sejak zaman kanak-kanaknya.”

Tags: Dragon Ball DAIMA
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Ball Project:Multi – Gameplay Rasmi Goku, Vegeta, Gohan & Banyak Lagi!

Next Post

Main Sebagai Dinosaur Dalam ‘Kyoryu’, Kini Viral Di Internet!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Main Sebagai Dinosaur Dalam ‘Kyoryu’, Kini Viral Di Internet!

Main Sebagai Dinosaur Dalam 'Kyoryu', Kini Viral Di Internet!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd