Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mai Shiranui Menyertai Street Fighter 6 Bermula 5 Februari! Info Lengkap Move Set!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 14, 2025
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Fighting, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Mai Shiranui Menyertai Street Fighter 6 Bermula 5 Februari! Info Lengkap Move Set!
Share on FacebookShare on Twitter

Mai Shiranui akan menyertai barisan pejuang Street Fighter 6 sebagai watak jemputan kedua dalam sejarah Fatal Fury, bermula 5 Februari 2025 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam!

Sebagai watak ikonik dari Fatal Fury, Mai membawa gerakan unik yang diinspirasikan daripada pelbagai klasik SNK, disesuaikan dengan mekanik moden Street Fighter 6. Pemain boleh menggunakan Mai dalam semua tiga mod, termasuk Fighting Ground dan Battle Hub, serta menjadikannya sebagai Master terbaru dalam World Tour.

Mai akan hadir dengan dua kostum eksklusif:

  • Outfit 1 – Berinspirasi daripada penampilannya yang klasik dalam siri Fatal Fury dari SNK.
  • Outfit 2 – Berdasarkan rekaan terbarunya dalam Fatal Fury: City of the Wolves. Kostum ini boleh diperoleh dengan Fighter Coins atau dengan memaksimumkan hubungan dengannya dalam World Tour.
Kredit: Capcom

Gerakan dan Teknik Unik

Dalam trailer, Mai menunjukkan gabungan teknik klasik dan baharu yang memberi kawalan ke atas musuh dengan projektil api, tendangan udara, dan serangan akrobatik. Berikut adalah beberapa gerakan utamanya:

Kachousen – Mai membaling kipas seperti bola api. Jika ditekan lebih lama, kipas tidak boleh dineutralkan dan akan jatuh kembali ke arah lawan selepas terkena.

Kredit: Capcom

Ryuuenbu – Serangan berputar berapi yang berkesan untuk kombo atau mengawal ruang.

Kredit: Capcom

Hissatsu Shinobi Bachi – Mai melakukan cartwheel dan meluru ke hadapan untuk menyerang dengan siku. Versi OD membolehkan Mai melayang ke udara untuk serangan susulan atau mengejutkan lawan dari bawah.

Kredit: Capcom

Hishou Ryuuenjin – “Dragon Punch” Mai, di mana dia melancarkan tendangan api ke udara yang berfungsi sebagai serangan anti-udara yang kuat.

Kredit: Capcom

Kagerou no Mai (Level 1 Super Art) – Mai membakar kawasan sekelilingnya, berguna sebagai anti-udara atau penamat kombo. Serangan ini juga memberikan Mai lima “Flame Stocks” yang meningkatkan kesan serangan khas dan Super Artnya.

Kredit: Capcom

Chou Hissatsu Shinobi Bachi (Level 2 Super Art) – Mai meluru ke hadapan dalam keadaan berapi, mampu menembusi serangan projektil lawan.

Kredit: Capcom

Shiranui Ryuu: Enbu Ada Zakura (Level 3 Super Art) – Mai mempamerkan serangan kipas yang elegan dengan gabungan kelajuan dan ketepatan maut.

Kredit: Capcom

Year 2 Character Pass

Mai Shiranui akan tersedia untuk pemain yang memiliki Street Fighter 6 Year 2 Character Pass atau Year 2 Ultimate Pass, dan juga boleh dibeli secara berasingan menggunakan Fighter Coins.

Dia akan menyertai M. Bison dan Terry Bogard (kini tersedia), diikuti oleh Elena pada musim bunga 2025, melengkapkan barisan watak Year 2 bagi Street Fighter 6. Nantikan lebih banyak kemas kini menarik dalam masa terdekat!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Tags: DLCMai ShiranuiStreet Fighter 6
ShareTweetSend
Previous Post

Duet Night Abyss: Pendaftaran “Closed Beta Test” Kini Dibuka di PC & Mobile!

Next Post

[Eksklusif] Kini Kuasa Dunia, Myth Avenue Gaming Bawa Kemenangan untuk Malaysia di APAC Predator League 2025 Dota 2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
[Eksklusif] Kini Kuasa Dunia, Myth Avenue Gaming Bawa Kemenangan untuk Malaysia di APAC Predator League 2025 Dota 2!

[Eksklusif] Kini Kuasa Dunia, Myth Avenue Gaming Bawa Kemenangan untuk Malaysia di APAC Predator League 2025 Dota 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd